Wednesday, March 2, 2011

~pinanglah daku kerana dakwah~

Perkahwinan atau Baitul Muslim adalah satu urusan besar.
Saya katakan ianya URUSAN YANG BESAR.

Saya tanya pada kamu,susah tak bina individu muslim?
Susahkan ?apatah lagi sebuah baitul dakwah.Ianya bukan sekadar akad nikah.ianya satu wasilah utk urusan yg lebih besar dr itu.maka berfikirlah dan renungilah akan hal ini.berbicara soal ini adalah sgt berbeza sekali fenomenanya di kalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Lain orang lain ragam dan ceritanya.
sebelum melangkah,mengambil keputusan,dan memasang niat,jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya.perjalanan yg paling baik adalah dari awal hinggalah ke akhirnya.

Di situ ada barakah,di situ ada kemanisan,di situ ada cerita yg layak diabadikan utk dijadikn contoh buat anak2 kita nanti.kisah kita takkan sama dengan kisah ibu kita dahulu.

dakwah zaman ini berbeza,perjalanan berbeza maka penjagaannya juga berbeza.
sikap ikhwah menjaga ikhtilat(perhubungan laki dan perempuan) zaman ini berbeza sekali.
ada yang sgt menjaga hingga tak pandang akhawat pun,dan ada juga yg memandang akhwat utk mencari calon pasangannya.ada yg sanggup menunggu hingga umur 30tahun ,dan ada juga yg belasan tahun yg decide nk bertunang utk bina rumah tangga.

begitu juga naluri akhwat juga berbeza.ada yg telah bersedia awal,dan ada yg belum lagi.dan saya nampak indahnya di sini kerana mereka tidak memilih couple sebagai jalannya.mereka tetap memilih akad sebagai demi menyelamatkan perasaan mereka.

banyak org byk kisahnya.dan ada yg boleh dijadikan contoh.ada yg menjaga proses BMnya sehingga semua terkejut saat mengumumkan tarikh pernikahannya.ada juga yg sedikit longgar dalam urusan BMnya.contact tanpa org tengah dan sebagainya.antum tanya diri antum mana yg terbaik utk antum ikuti.

kerana antum akan menjadi contoh utk anak binaan antum dan anak antum sendiri:
jika antum sendiri longgar,maka akan longgarlah anak binaan antum,begitu juga anak-anak antum sendiri.namun jika kita benar2 menjaga langkah kita dari awal hingga akhirnya maka akan menjadi contoh buat binaan kita nanti.


bukan itu sahaja,bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah?takkan anda malu cintamu pada Allah telah tercemar?sebab ada juga yg bertunang lama,dan akhirnya membuka ruang mereka utk bercouple tanpa disedari,cinta yg tak sah.ini adalah virus yg akan melemahkan jiwa akhi dan ukhti juga.

Melamar secara direct


Ada juga akhwat yg melamar ikhwah secara direct.walaupun paling ramainya ikhwah sendiri.ada yg secara sms mahupun email.saya tersenyum kekadang mendengar berita ini.dan terkadang saya terfikir takkan naqib ikhwah ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kpd ikhwah tersebut bahawa;sebelum melamar rujuk dahulu naqibah akhwat tersebut.


itu lebih gentleman dan sejahtera buat ikhwah dan akhwat tersebut.
akhwat rasa sangat offended bila ikhwah sendiri melamar tnpa org tengah.walau beremail biarlah ada org tengah.bila bersms biarlah ada org tengah yg mengetahuinya.

suka itu penting dlm berbaitul muslim.walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina.adayg telah berkenalan terlebih dahulu,ada yg mengenali lewat program ataupun emel.namun utk mencari calon isteri itu,bukanlah memberi ruang utk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.


kerana kita berkahwin utk menjaga hati kita.agak ironi dan pelik jika sebelum berkahwin kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan2 memasuki ruang hati kita.


kerana itu walaupun tidaklah semua cerita baitul muslim itu indah,namun pada kebanyakannya proses itu dimulakan dgn perbincangan bersama nuqaba' outcomenya pasti indah sama ada positif mahupun negatif.

kebanyakan akhwat yg merujuk saya apabila ada ikhwah yg melamar direct outcomenya pasti sedikit mengecewakan buat ikhwah itu.sama ada ditolak bulat2,mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita


ada kalangan ikhwah yg mengatakan bahawa,kalau kawin dengan akhwat ini,confirm settle agama.so,sekarang ni kita kenalah cari yg cantik dan comel pula.

saya tergelak juga mendengar kenyataan ni,sebab memng sisters sendri yg beranggapan itu.ada kata2 mengatakan:

"asalkan ikhwah sudah!tak kisah lah siapa pun dia..."


niat utk kawin sesama ikhwah akhwat itu sdah cukup bagus.dan itula yg lebih utama.tapi,perkahwinan ini melibatkan dua pasangan yg ada hati dan perasaan.bukan nak kawin dgn benda.di situ ada nilai manusiawi.manusia ada kelemahan-kelemahannya.tak semua akhwat sama level dalam dakwah dan tarbiyahnya.ada yg tak cukup muwasafatnya lagi.ada yg lebih utama utk dikahwini dahulu berbanding yg lain.

jika kamu letakkan cita rasa kamu dahulu berbanding dakwah,adakah kamu ini layak digelar rijal dakwah?Allah akan beri kamu yg terbaik.jika kamu memilih pasangan kerana Dia.

sebab itulah nuqaba' perlu disantuni dahulu.ada yg bermasalh dgn nuqaba'.maka santunilah org tengah yg lebih dithiqahi.disitu org tgh akan cuba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun segannya seorang perempuan dalam hal ini.pengenalan dlm pertunagan brlaku di bawah pandangan mata Allah.bukannya syahwat.dan insyaAllah kamu akan dikurniakan org yg terbaik buatmu.

saya tak tahu berapa ramai yg baca artikel ini,namun ingin saya katakan pada mereka pinanglah akhwat kerana dakwah.


jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita.maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tidak menentu.mahupun kita tergopoh gapah dalam brtindak.bila kita berkahwin kerana Allah,kita akn menjaga setiap langkah2 kita dalam berBM termasuk tempoh pertunagan itu sendiri yg banyak mngundang fitnah dlm hal ini.

tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting utk melihat keserasian.namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah dan sangat manis.setiap saat akan ditunggu utk mempelajari sifat baru pasangan kita.

jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertnya direct pada akhwat.jgn malu utk minta bantuan orang tengah.anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana2 akhwat pun.jika mereka menolak keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akn dicarikan akhwat yg lainnya.

untuk akhwat keadaan kita berbeza.satu ekstreme,ramai akhwat sudah meniti usia senja,menantikan pinangan ikhwah yg mahu meminangnya kerana dakwah.mungkin umur sudah berganjak,muka sendri tak berapa comel.sgt tangkas pulak tu dlm berdakwah menyebabkan ikhwah sendiri kecut utk meminang.kita jelas dlm memilih ikhwah sbg pasangan hdup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan ketetapan di atas jln dakwah.namun keadaan ikhwah berbeza pula.

jika ada soleh yang meminangmu,jangan menolak dahulu sebelum bersyura dgn orang yg bertanggungjwab ke atasmu (jika pinangan itu direct padamu).walaupun cara itu salah,dan tidak menghormati statusmu sbg akhwat ,namun di situ ada nilai ukhuwah yg perlu kita santuni pada ikhwah.ada tarbiyah yg perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yg mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

dahulu prnah ikhwah mengatakan akhwat ibarat warden penjara.mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita kerana Allah.kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah.kerana kita tak mahu jadi bahan fitnah.

namun seluruh fikrah ini,mengajar kita berlemah lembut dgn manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yg silap dengan cara yg terbaik.maka bersyuralah.itu kuncinya.

dan nak tahu something??jika antunna sendiri berkenan utk berkahwin dengan seorang,jangan segan utk bertanya naqibahmu.itu bukan perigi cari timba.itu usaha utk menyelamatkan hatimu.bila adanya orang tengah,takkan terasa segan dan malu.org tengah akan mainkan peranan walaupun prosesnya lambat.

tidak semua yg melalui BM ini perfect.

sepertimana org yg kawin selepas couple pun ada masalahnya,ada yg bercerai even .begitu juga dgn BM.BM ini wasilah utk kita dapat redha Allah.tapi kita pasti diuji.fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun.namun di sebalik itu ada kemanisan yg sukar diungkapkan.

ianya sangat manis dan indah.subhanallah!

tetapkan matlamatmu.biar jelas.biar terang.

itulah dia kerana dakwah dahulu.kerana Allah dan rasulNya dahulu.


tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect.carilah kesempurnaan itu betul2 pada dakwah barulah pada lainnya.Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti,jika kamu memilih Allah dahulu barulah yg lainnya.insyaAllah...

jadilah moderate dalam prosesnya


Alhamdulillah jika proses BM itu dimudahkan Allah.berimbanglah.berbincang itu perlu untk menetapkan perkara2 yg penting dlm kehidupan rumah tangga.tapi di situ jgn bermudah-mudahan dan menganggap tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita.biar Allah sebagai sandaran segalanya kelihatan dan dirasai rasional.


-artikel iluvislam.


 http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1525-pinanglah-daku-kerana-dakwah.html

No comments:

Post a Comment