Friday, February 18, 2011

Anak dihantar belajar agama TAPI IBU BAPA ABAI SOLAT

Satu demi satu ana menyelak majalah WANITA yang dijadikan majalah mingguan ibu ana.Akhirnya ana terjumpa ruangan yang menarik yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan bersama.Kisah seorang hamba Allah yang telah dijadikan ruangan karyanya dalam majalah tersebut.

Ibu bapa seringkali mengharapkan yang terbaik dari anak-anak.Malah ramai yang lebih menekankan aspek akademik berbanding sahsiah dan ketaatan pada YANG MAHA ESA.Mungkin bagi mereka kecemerlangan akademik akan dinilai sebagai manusia terbaik di dunia ini sedangkan hakikatnya semua makhluk ciptaan Allah akan kembali ke satu alam lain,yakni perhimpunan di alam akhirat bila masanya tiba kelak.

Dalam ruangan majalah tersebut,luahan hati seorang anak tntang sikap kedua ibu bapanya yang mengabaikan solat lima waktu.Sebagai anak,dia mengharapkan kedua ibu bapanya memahami isi hatinya tambahan pula ibunya peminat setia majalah wanita tersebut.

Cerita hamba Allah:

    Sudah lama saya pendamkan dalam hati namun melihat ibu peminat setia majalah ini,saya berharap luahan ini akan dibaca olehnya sekaligus berubah menjadi lebih baik.Saya seorang gadis remaja dan masih bersekolah menengah.Tujuan saya menghantar ke ruangan ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

    Ayah saya seorang sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengurus.ibu pula bekerja di sebuah bank tempatan.Tidak dinafikan kami hidup agak mewah namun jiwa dan perasaan saya bercelaru kerana sikap ibu ayah yang mengabaikan solat sedangkan ia wajib ditunaikan.

   Saya tidak pernah melihat ibu ayah solat.Saya tidak faham,mereka hantar saya belajar agama sehingga darjah khas dan mengupah guru mengajar saya dan adik mengaji tetapi mereka sendiri tidak menjadi conto yang baik kepada kami.

  Seumur hidup saya tidak pernah melihat dan mendengar mereka baca quran.Saya pasti mereka tahu caranya cuma mereka malas untuk tunaikannya.Ada satu masa saya ditengking gara2 lambat naik ke atas untuk solat.Senang kata inilah,"si ketam mengajar anaknya berjaln betul,dia sendiri tak betul".Sebenarnya saya pernah bertanya kepada ibu,ibu hanya mendiamkan diri.

   Keadaan ini membuatkan saya malas untuk bertanya lebih lanjut.Saya akui,walaupun ibu sedikit garang tapi dia seorang wanita yang penyayang.Apa yang kami mahukan,akan dipenuhi oleh ibu.Saya juga teringin untuk bersolat dan mengaji bersama-sama.Saya mahu hidup dalam keadaan yang diberkati oleh Allah.Tetapi untuk saya dapatkan apa yang saya mahu.Ini membuatkan saya putus asa dan menjadikan saya malas untuk tunaikan solat tatkala mengenangkan sikap mereka.

  Saya merasakan kerana mereka lupa akan Allah.Ibu ayah selalu putus wang walaupun gaji ayah besar.Adakah ini yang dinamakan hidup yang tidak ada keberkatan?Apa yang harus saya lakukan supaya mereka sedar bahawa cara mereka itu salah?Saya cemburu bila melihat seorang sahabat saya sering tunaikan solat berjemaah bersama keluarganya.

Inilah dia cerita daripada seorang hamba Allah yang inginkan perubahan buat ibu bapanya.....

********************************************************************************

Jawapan oleh Dr.Azniza Ishak

Solat merupakan satu perlakuan yang mudah dilakukan tetapi sukar untuk komited.Perkara yg membuatkan seorang komited adalah rasa kehambaan(takut dan patuh) dan kasih saymag kepada Allah s.w.t.Tuntutan solat ini adalah kewajipan yang mesti dipatuhi oleh hamba yang mengucap shahadah.

  Solat ini dipamerkan sebagai mudah dan ringkas namun realitinya ia sangat susah untuk disebatikan agar menjadi satu kemestian yg menyebabkan manusia melaksanakannya tanpa rsa curiga,malas,tidak ikhlas,menunjuk-nunjuk,terpaksa,bermatlamat negatif dan sebagainya.

  Secara psikologi pula,solat merupakan paduan antara pemikiran melalui tingkah laku.Apabila manusia suka dan sayang maka dia akan berusaha melakukan apa sahaja bagi membuktikan rasa suka dan sayang itu.Perlakuan solat juga tidak boleh dilakukan dan  dimantapkan secara spontan tetapi merupakan usaha yg dipupuk sejak awal perkembangan manusia lagi yang dilakukan secara "peniruan" awalnya serta istiqamah setelah manusia memahami maksud kewajipan solat itu.

  Permasalahan yang timbul apabila perlakuan ini tidak dikukuhkan seawal peringkat kanak2 dan awal dewasa.Hendak dipaksa setelah akhir dewasa,maka kan berlaku percanggahan dengan nilai peribadi yg dibina kerana mnusia pada masa ini berada dlm pemikiran "bawah sedar" dan tidak menganggap solat itu sebagai satu kemestian sebaliknya hanya perkara yg dibuat utk tutup malu shj.

  Lebih hebat lagi setelah tidak pernah atau jarang dipraktikkan maka manusia hanya meniru dalam keterpaksaan yg akhirnya membawa kpd manusia semakin liat,berani utk tidak solat dan sebagainya.Keadaan ini menjadikan mereka sebagaimana org yg tidak ada agama yg hanya memenuhi tuntutan kehidupan shj tanpa mempraktikkan tanggungjawab hamba kpd Tuhannya.Ini menyebabkan manusia terus hanyut.lalai,leka,dan hidup dlm keadaan tidak bijaksana kerena tiada langsung bekalan akhirat atau terus menolak kewujudan akhirat yg kekal abadi.

  Kisah yg cik paparkan tadi menunjukkan ibu bapa cik yg mengabaikan solat dan sudah menjadi trend utk tidak perlu solat serta anggap solat sebagai bebanan atau gangguan kpd rutin kehidupan seharian.Dlm masa yg sama,sikap egoistik yg terbina dlm diri mereka telah mencorakkan rasa penolakan yg tegar kpd kewajipan bersolat walaupun mereka mungkin tahu bahawa sebenarnya mereka perlu bersolat.

  Helahbela diri yg terbina pd masa ini adalah mengarahkan cik utk bersolat walau pada hakikatnya mereka tidak bersolat.Mereka akan rasa selamat setelah melihat cik bersolat walaupun mereka tidak bersolat.

  Antara keadaan yg boleh membawa kpd  manusia dekat dgn Allah adalah apabila manusia berada dlm kesusahan.Oleh itu keadaan keluarga cikyg serba mewah dlm hidup dlm keadaan tiada kesusahan dan kesempitan menyebabkan ibu bapa cik byk memfokuskan pada kebendaan dunia bukan akhirat.

  Mungkin jika ditanya mereka akan katakan belum sampai masa lahi utk bertaubat dan bersolat,"biarlag org lain buat dahulu" atau "kubur asing2" dan berbagai alasan lagi.Hidayah Allah itu akan diberikan kpd manusia secara terus atau melalui manusia lain.

  Sama ada sedar atau tak,cik merupakan org yg terpilih utk membantu membawa keluarga cik ke pangkal jalan.Oleh itu cik perlu lakukan dgn penuh hikmah dan bijaksana.

1)fahamkan diri cik tentang peranan cik sekadar menggalakkan dan dan membuka jaln kpd mereka bukan memaksa mereka.

2)perlu bersabardan istiqamah dgn usaha cik kerana megajak manusia berbuat kebaikan adalah jihad.tambahan pula pada ibu bapa yg telah melahirkan dan membesarkan kita.

3)kurangkan harapan atau "expectation" sebaliknya teruskan berusaha dan mohonlah pada Allah utk membuka pintu hidayah buat mereka.
Cara yang terbaik adalah pamerkan kesungguhan cik dlm melakukan ibadah tanpa prejudis kpd ibu bapa yg tidak melaksanakan kewajipan itu.Sememangnya hati cik telah disinari cahaya iman akan menolak perkara yg bertentangan dgn perintah Allah,namun perlu faham bahawa ibu bapa cik telah tegar dgn nilai dan cara hidup mereka yg dibina sejak dulu lagi.Oleh itu,lembutkan hati dgn rasa kasih dan kasihan pada ibu bapa agar cik mampu membantu mereka dgn tenang dan tanpa paksaan.Elakkan dari membandingkan dengan ibu bapa org lain.kerana sesungguhnya mereka lag yg telah ditakdirkan sbg ibu bapa kita.Yakinlah mereka adalah adalah ibu bapa yg terbaik yg perlu dibantu dgn rela dan redha.

4)berkan masa kpd mereka utk berubah kpd kebaikan.Yakinlah bahawa perubahan kpd kebaikan memerlukan kesudian,keikhlasan dan kesediaan.OLeh itu berdoalah agar mereka diberikan anugerah perubahan itu.

*beusaha dan berdoalah agar mereka dianugerahkan hidayah oleh Allah dsn kembali meletakkan kewajipan beribadah sbg satu wadah utama dlm hayah ini......

Wednesday, February 16, 2011

Membentuk peribadi mulia

Kandungan:

Untuk apa kita sembahyang
Ye, untuk apa anda sembahyang, menyembah Allah?
Kalau sembahyang hanya untuk memenuhi tuntutan rukun Islam, sebagai tanda keimanan kita sahaja, tiada tindakan atau perlakuan yang selanjutnya, maka sembahyang kita hanya setakat seperti membayar hutang kita kepada Allah s.w.t sahaja. Sembahyang seperti ini belum tentu dapat menjamin kita masuk syurga.
Sembahyang kita harus dapat merobah tingkah-laku. Tingkah laku ini akan menjadikan kita menjadi seorang yang boleh dilihat membawa syiar, membawa imej Islam sejati. Prof. Dato' Dr. Haron Din dalam bukunya Manusia dan Islam menyebut, "Setelah kita mempunyai keimanan dan membentuk sikap-sikap hidup berdasarkan rukun-rukun keimanan tersebut atau setelah kita mempunyai gambaran mengenai hidup berdasarkan rukun-rukun itu, apakah yang seharusnya kita lakukan selepas itu?"
Bagi saya sembahyang contohnya, jika tidak diambil iktibar dari segala hukum-hukumnya, dan diterjemahkan ke dalam kehidupan kita seharian, bererti kita mengabaikan apa yang disebut oleh Prof. Dato' seperti di atas.
Misalnya, ada hukum dalam sembahyang yang melarang kita dari mengganggu ahli jemaah bersebelahan kita, seperti membaca kuat. Apakah iktibar darinya?
Hukum ini sepatutnya mengajar kita jangan mengganggu jiran umpamanya. Dalam kontek hukum itu tadi, jangan membuat bising yang sehingga mengganggu jiran. Sejauh mana kita mengambil iktibar sedemikian?
Dalam bab sembahyang banyak jenis gangguan yang boleh terjadi, dan di luar kesedaran kita. Malah ada hukum berkaitan yang sering diulang-ulang dalam ceramah, tetapi tidak memberi kesan dalam kehidupan. Misalnya, gangguan bau. Kita sering diingatkan, 'jangan makan benda-benda busuk seperti petai, sebelum pergi sembahyang' (sembahyang jemaah la tu). Hukum ini mengajar kita agar tidak membuat gangguan kepada jiran dan sebagainya. dari segi busuk. Bagaimana dengan gangguan dari segi rasa, lihat dan lain-lain?
Jadi seperti yang dituliskan oleh Prof. Dato' tadi, bagi saya kita harus melakukan atau membua tindakan selanjutnya selepas sembahyang selaras dengan hukum-hakam di dalamnya. Begitu juga, hukum-hakam dalam ibadah haji umpamanya. Kita dilarang merosakkan pokok atau membunuh sebarang hidupa ketika wukuf di Arafah. Bagi saya, ini adalah satu bentuk pendidikan ke arah menjaga alam sekitar. Cuba lihat, berapa ramai orang sengaja meletak kereta di atas kawasan rumput yang sengaja ditanam bagi mencantikkan sekitaran, dengan belanja ribuan ringgit. Tetapi berapa ramai orang yang mengamalkannya, walaupun setelah menunaikan haji beberapa kali. Maka dikatakan haji kita tidak memberi kesan kepada diri kita.
Di sini saya hanya menyentuh dua daripada lima rukun Islam. Yang lainnya boleh kita renungkan dan renungkan dan jadikanlah sebagai satu bentuk mentarbiah diri agar menjadi Muslim yang sejajar dengan kehendak Islam kita.

Bangun Dari Kelalaian...

         Ihdinash Shiratal mustaqiim...Shiratallazina an'amta 'alaihim........
Begitulah seorang muslim melafazkan kalimah dari dua ayat dari surah fatihah tersebut.ertinya,tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus,jalan yang telah Kau beri nikmat kepada mereka.....

Ia dibacakan pada setiap rakaat dalam perhambaan diri kepada Allah.Begitu pentingnya hidayah Allah itu sehingga ia harus memohon minimal tujuh belas kali dalam satu hari satu malam.Sebagaimana tubuh kita memerlukan makanan dan minuman,begitu juga hati kita memerlukan hidayah sebagai makanan dan minumannya.

      Hidayah adalah nikmat yang dianugerahakan Allah kepada hambaNya dari bilangan nikmat yang ada.Hidayah adalah sentuhan lembut Ilahi untuk dihantar ke pantai kebahagiaan.

     Ia merupakan rengkuhan Ilahi agar tidak jatuh ke lembah  atau jurang kesalahan dan kesengsaraan.Ia juga merupakan pengalihan kehendak manusia yang penuh dengan hawa nafsu kepada kehendak Dzat yang maha kuasa,lalu Dia tidak membiarkan hambaNya sendirian dalam mencari kebenaran,akan tetapi Dialah yang memimpin hambaNya ke arah yang diredhai..

   Orang yang baru timbul kesedaran dalam menerima Islam,seperti orang terbangun dari tidur panjangnya atau seperti orang yang sedar dari mabuk.

   Ibnul Qayyim berkata "kesedaran merupakan kunci pertama kebaikan,sesungguhnya orang yang lalai dalam mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Rabbnya dan lupa dengan bekalan hari pulangnya seperti orang yabg tidur bahkan ia lebih parah."

   Orang yang berakal pasti mengerti janji dan ancaman Allah,faham balasan dalam melaksanakan perintah dan larangan,serta faham hukum hakam dan kewajipannya.Akan tetapi hilangnya kesedaran dan adanya kelalaian telah mengahlang seseorang untuk memahami hakikat dan membuatnya jadi lemah dalam mengejar ketertinggalan.Itulah kelalaian yang selama ini membuatnya belum sedar diri dalam pengsan yang berpanjangan,cenderung kpada syahwat hingga terbenam dalam lumpur syahwat.Ia dikuasai oleh pengaruh  orang yang tiada pekerjaan telah meniru orang yang mensia-siakan waktu.

   Dalam ketidaksedaran bersama orang yang tidur berpanjangan,ketika mata hatinya telah terbuka luas dengan satu pekikan suara kebenaran,ia pun sedar dan barulah terasa  baginya seruan Allah.

    Jika demikian yang terjadi pada seorang hamba , maka hal itu petanda yang baik.Bereti jejak kasih sayang Allah sudah mulai bertapak di halaman qalbunya,awan mahabbah dan kabut cinta Allah sedang datang berarak menuju langit hatinya.Bersegeralah ia mengambil tempayan untuk menampung hujan hidayah,jangan biarkan ia berlalu dan meninggalkan ia bersendirian menyebabkan ia perlu menunggu pada sebuah penantian yang tidak berkesudahan.

Tuesday, February 1, 2011

Segalanya telah terjawab...

Setelah melangkahkan kaki ke Sultan Hisamuddin,hati ini berasa sungguh tenang.seperti tiada apa yang berlaku.
Dalam hati ini,sentiasa menyebut nama Allah.Doa tidak putus-putus.Aku hanya berserah pada Allah.

Aku mendengar announcment tentang keputusan STAM2010.Sayup2 saja kedengarannya.Lalu aku dan Aishah bergegas untuk ke blokA agar lebih dekat utk mndengar.Alhamdulillah,2orang mumtaz sofi.Aku tertanya siapalah yang mumtaz sofi tu..

Rakan-rakan masing2 mengucapkan tahniah.hati kecilku berkata,"alah,macamla dorg tau sape yg dapat mumtaz sofi tu".Aku hanya menganggap itu merupakan doa mereka.Aku berserah saja padaNya.

Aku melangkah kaki ke dewan.Dengan penuh ketenangan aku berjalan.Zikir dihati aku tidak lupa.Aku melihat senarai nama pelajar mumtaz.Alhamdulillah namaku tertera pada nombor2.

Subhanallah..doaku untuk dapat mumtaz sofi akhirnya dikabulkan Allah.Perasaan gembira,jiwa yang berbunga-bunga.Begini rupanya perasaan orang yang berjaya.Baru aku dapat rasakannya.

Kejayaan ini bukan kejayaan aku seorang tetapi buat ibuku dan guru-guruku.Tanpa mereka aku tidak jadi seperti ini.Terima kasih Ya Allah...

Buat adik2 yang lain yang sedang menuntut ilmu STAM,bittaufiq wannajah kullukum.Yang penting semangat dan keyakinan sentiasa ada pada diri dan jiwa.Datangkan hati ketika menuntut ilmu.Jangan kedekut ilmu dan jangan lupa pada ilmu.Amalkan dalam kehidupan.

Namun dalam kegembiraan,masih ada lagi yang bersedih.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.Tidak semestinya Allah berikan kejayaan buat kita selalu.Yang penting,pabila gagal bangkitlah kembali.Ingat pada yang Satu.

Aku akan meneruskan perjuanganku seterusnya.Dalam perjuangan aku mendambakan keredhaanMu Ya Allah.Aku ini seringkali membuat kesalahan.Aku berasa kerdil dan hina..

~damba cinta Mu~