Friday, February 18, 2011

Anak dihantar belajar agama TAPI IBU BAPA ABAI SOLAT

Satu demi satu ana menyelak majalah WANITA yang dijadikan majalah mingguan ibu ana.Akhirnya ana terjumpa ruangan yang menarik yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan bersama.Kisah seorang hamba Allah yang telah dijadikan ruangan karyanya dalam majalah tersebut.

Ibu bapa seringkali mengharapkan yang terbaik dari anak-anak.Malah ramai yang lebih menekankan aspek akademik berbanding sahsiah dan ketaatan pada YANG MAHA ESA.Mungkin bagi mereka kecemerlangan akademik akan dinilai sebagai manusia terbaik di dunia ini sedangkan hakikatnya semua makhluk ciptaan Allah akan kembali ke satu alam lain,yakni perhimpunan di alam akhirat bila masanya tiba kelak.

Dalam ruangan majalah tersebut,luahan hati seorang anak tntang sikap kedua ibu bapanya yang mengabaikan solat lima waktu.Sebagai anak,dia mengharapkan kedua ibu bapanya memahami isi hatinya tambahan pula ibunya peminat setia majalah wanita tersebut.

Cerita hamba Allah:

    Sudah lama saya pendamkan dalam hati namun melihat ibu peminat setia majalah ini,saya berharap luahan ini akan dibaca olehnya sekaligus berubah menjadi lebih baik.Saya seorang gadis remaja dan masih bersekolah menengah.Tujuan saya menghantar ke ruangan ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

    Ayah saya seorang sangat sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengurus.ibu pula bekerja di sebuah bank tempatan.Tidak dinafikan kami hidup agak mewah namun jiwa dan perasaan saya bercelaru kerana sikap ibu ayah yang mengabaikan solat sedangkan ia wajib ditunaikan.

   Saya tidak pernah melihat ibu ayah solat.Saya tidak faham,mereka hantar saya belajar agama sehingga darjah khas dan mengupah guru mengajar saya dan adik mengaji tetapi mereka sendiri tidak menjadi conto yang baik kepada kami.

  Seumur hidup saya tidak pernah melihat dan mendengar mereka baca quran.Saya pasti mereka tahu caranya cuma mereka malas untuk tunaikannya.Ada satu masa saya ditengking gara2 lambat naik ke atas untuk solat.Senang kata inilah,"si ketam mengajar anaknya berjaln betul,dia sendiri tak betul".Sebenarnya saya pernah bertanya kepada ibu,ibu hanya mendiamkan diri.

   Keadaan ini membuatkan saya malas untuk bertanya lebih lanjut.Saya akui,walaupun ibu sedikit garang tapi dia seorang wanita yang penyayang.Apa yang kami mahukan,akan dipenuhi oleh ibu.Saya juga teringin untuk bersolat dan mengaji bersama-sama.Saya mahu hidup dalam keadaan yang diberkati oleh Allah.Tetapi untuk saya dapatkan apa yang saya mahu.Ini membuatkan saya putus asa dan menjadikan saya malas untuk tunaikan solat tatkala mengenangkan sikap mereka.

  Saya merasakan kerana mereka lupa akan Allah.Ibu ayah selalu putus wang walaupun gaji ayah besar.Adakah ini yang dinamakan hidup yang tidak ada keberkatan?Apa yang harus saya lakukan supaya mereka sedar bahawa cara mereka itu salah?Saya cemburu bila melihat seorang sahabat saya sering tunaikan solat berjemaah bersama keluarganya.

Inilah dia cerita daripada seorang hamba Allah yang inginkan perubahan buat ibu bapanya.....

********************************************************************************

Jawapan oleh Dr.Azniza Ishak

Solat merupakan satu perlakuan yang mudah dilakukan tetapi sukar untuk komited.Perkara yg membuatkan seorang komited adalah rasa kehambaan(takut dan patuh) dan kasih saymag kepada Allah s.w.t.Tuntutan solat ini adalah kewajipan yang mesti dipatuhi oleh hamba yang mengucap shahadah.

  Solat ini dipamerkan sebagai mudah dan ringkas namun realitinya ia sangat susah untuk disebatikan agar menjadi satu kemestian yg menyebabkan manusia melaksanakannya tanpa rsa curiga,malas,tidak ikhlas,menunjuk-nunjuk,terpaksa,bermatlamat negatif dan sebagainya.

  Secara psikologi pula,solat merupakan paduan antara pemikiran melalui tingkah laku.Apabila manusia suka dan sayang maka dia akan berusaha melakukan apa sahaja bagi membuktikan rasa suka dan sayang itu.Perlakuan solat juga tidak boleh dilakukan dan  dimantapkan secara spontan tetapi merupakan usaha yg dipupuk sejak awal perkembangan manusia lagi yang dilakukan secara "peniruan" awalnya serta istiqamah setelah manusia memahami maksud kewajipan solat itu.

  Permasalahan yang timbul apabila perlakuan ini tidak dikukuhkan seawal peringkat kanak2 dan awal dewasa.Hendak dipaksa setelah akhir dewasa,maka kan berlaku percanggahan dengan nilai peribadi yg dibina kerana mnusia pada masa ini berada dlm pemikiran "bawah sedar" dan tidak menganggap solat itu sebagai satu kemestian sebaliknya hanya perkara yg dibuat utk tutup malu shj.

  Lebih hebat lagi setelah tidak pernah atau jarang dipraktikkan maka manusia hanya meniru dalam keterpaksaan yg akhirnya membawa kpd manusia semakin liat,berani utk tidak solat dan sebagainya.Keadaan ini menjadikan mereka sebagaimana org yg tidak ada agama yg hanya memenuhi tuntutan kehidupan shj tanpa mempraktikkan tanggungjawab hamba kpd Tuhannya.Ini menyebabkan manusia terus hanyut.lalai,leka,dan hidup dlm keadaan tidak bijaksana kerena tiada langsung bekalan akhirat atau terus menolak kewujudan akhirat yg kekal abadi.

  Kisah yg cik paparkan tadi menunjukkan ibu bapa cik yg mengabaikan solat dan sudah menjadi trend utk tidak perlu solat serta anggap solat sebagai bebanan atau gangguan kpd rutin kehidupan seharian.Dlm masa yg sama,sikap egoistik yg terbina dlm diri mereka telah mencorakkan rasa penolakan yg tegar kpd kewajipan bersolat walaupun mereka mungkin tahu bahawa sebenarnya mereka perlu bersolat.

  Helahbela diri yg terbina pd masa ini adalah mengarahkan cik utk bersolat walau pada hakikatnya mereka tidak bersolat.Mereka akan rasa selamat setelah melihat cik bersolat walaupun mereka tidak bersolat.

  Antara keadaan yg boleh membawa kpd  manusia dekat dgn Allah adalah apabila manusia berada dlm kesusahan.Oleh itu keadaan keluarga cikyg serba mewah dlm hidup dlm keadaan tiada kesusahan dan kesempitan menyebabkan ibu bapa cik byk memfokuskan pada kebendaan dunia bukan akhirat.

  Mungkin jika ditanya mereka akan katakan belum sampai masa lahi utk bertaubat dan bersolat,"biarlag org lain buat dahulu" atau "kubur asing2" dan berbagai alasan lagi.Hidayah Allah itu akan diberikan kpd manusia secara terus atau melalui manusia lain.

  Sama ada sedar atau tak,cik merupakan org yg terpilih utk membantu membawa keluarga cik ke pangkal jalan.Oleh itu cik perlu lakukan dgn penuh hikmah dan bijaksana.

1)fahamkan diri cik tentang peranan cik sekadar menggalakkan dan dan membuka jaln kpd mereka bukan memaksa mereka.

2)perlu bersabardan istiqamah dgn usaha cik kerana megajak manusia berbuat kebaikan adalah jihad.tambahan pula pada ibu bapa yg telah melahirkan dan membesarkan kita.

3)kurangkan harapan atau "expectation" sebaliknya teruskan berusaha dan mohonlah pada Allah utk membuka pintu hidayah buat mereka.
Cara yang terbaik adalah pamerkan kesungguhan cik dlm melakukan ibadah tanpa prejudis kpd ibu bapa yg tidak melaksanakan kewajipan itu.Sememangnya hati cik telah disinari cahaya iman akan menolak perkara yg bertentangan dgn perintah Allah,namun perlu faham bahawa ibu bapa cik telah tegar dgn nilai dan cara hidup mereka yg dibina sejak dulu lagi.Oleh itu,lembutkan hati dgn rasa kasih dan kasihan pada ibu bapa agar cik mampu membantu mereka dgn tenang dan tanpa paksaan.Elakkan dari membandingkan dengan ibu bapa org lain.kerana sesungguhnya mereka lag yg telah ditakdirkan sbg ibu bapa kita.Yakinlah mereka adalah adalah ibu bapa yg terbaik yg perlu dibantu dgn rela dan redha.

4)berkan masa kpd mereka utk berubah kpd kebaikan.Yakinlah bahawa perubahan kpd kebaikan memerlukan kesudian,keikhlasan dan kesediaan.OLeh itu berdoalah agar mereka diberikan anugerah perubahan itu.

*beusaha dan berdoalah agar mereka dianugerahkan hidayah oleh Allah dsn kembali meletakkan kewajipan beribadah sbg satu wadah utama dlm hayah ini......

No comments:

Post a Comment