Sunday, March 20, 2011

PENTINGNYA USRAH..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum sahabat semua..
rasa dah lama tak meng 'update' blog ni..
cuti seminggu lepas ana habiskan waktu bersama adik2 dalam kem permata rabbani..
Alhamdulillah,dapat membina ukhuwah bersama adik2 yang comel2 belaka..
dapat juga adik angkat kat sane..hehehhe

Pada hari jumaat,hari perasmian penutupan program permata rabbani dijalankan..tapi ada sedikit masalah teknikal..kita hanya merancang Allah yg menentukan...

Balik dari program tu,ana bersama sahabat2 ana yg lain,aishah,fathin nadhirah,halimah kami sama2 berangkat ke shah alam..bukan untuk shopping semata2 tapi kami menghadirkan diri ke usrah bersama kak illeya..

Alhamdulillah,bnyk perkara yg kami bincangkan dan persoalkan...
Antaranya yanhg bermain di fikiran ini ialah tentang persatuan2 yang ada di setiap universiti..ap motif dan sebagainya..yelah,org tak pernah merasa suasana universiti kan..memang la macam ni..huhu..^_^

Fungsi persatuan2 yang ade tu adalah satu sahaja matlamat mereka iaitu utk menegakkan kebenaran agama Allah..dan banyak lagi yg kak illeya terangkan.sekurg2nya terbuka juge fikiran kami tentang perkara sedemikian ini...

Erm,,kat sini ana nak cakap sikit pasal betapa pentingnya usrah itu...
Ana katakan sekali lagi USRAH ITU SANGAT PENTING...!

PENTING KENAPA??

Kerana bila mana seorang pelajar lepasan spm akan masuk ke universiti dan akan melalui kehidupan remaja mereka di sana tidak kiralah mereka itu asalnya sekolah mana..perlulah menjaga diri.bukan hanya menjaga diri sebagai seorang wanita.tetapi sebagai seorang wanita muslimah...

Di universiti,kita akan jumpa bermacam-macam orang..ada yang menjaga ada yang kurang menjaga..menjaga apa??menjaga diri sebagai wanita muslimah..bukan hanya muslimah tetapi juga sebagai mukminah...

Kalau di sekolah masih ada lagi guru2 yang boleh menegur kita,yang boleh menghukum kita bila buat salah,masih ada lagi peraturan sekolah yang boleh kita ikut,masih ada lagi kawan yang boleh memberi nasihat...
Tapi,bila kita telah berada di sebuah universiti segalanya telah tiada...kita sendiri yang perlu mengawal diri kita..dengan siapa kita nak berkawan..itu yang utama.bukan ana nak kata kat sini tak boleh kawan dengan orang jahat,,ana nak katakan di sini perlunya kita memilih kawan agar dia boleh menjaga kita,dalam erti kata lain menegur kesilapan kita..bila baiknya sahabat kita maka baiklah kita..insyaAllah.dan bukan itu sahaja,sebenarnya kita memang sangat2 perlu BERUSRAH...kerana dengan usrah lah dapat mengingatkan kita,dapat memuhasabahkan diri kita...

Itulah pentingnya USRAH DALAM KEHIDUPAN...
tidak kira dalam kelompok yang kecil mahupun yang besar..

Dan pesanan ana,kita yang baik ni jangan rasa diri kita baik selamanya.kerana Allah boleh membolak-balikkan hati manusia..kerana itu kita perlu berjaga..jaga apa?jaga HATI...

Wallahua'lam...

2 comments:

  1. Assalam..atul
    betol tuh..oleh itu, sediakan diri dengan persiapan di U nanti..pilihlah usrah..biyah penat mne, tetapi jgn ditinggalkan usrah tersebut...semoga terus thabat dalam jemaah yg bakal anda sertai ;) maksud ana jemaah disni bukan jemaah u bergaduh..tetapi jemaah yg boleh mmbuatkan kita sentiasa berada didalam jalan dakwah untuk mentarbiah diri dan orang lain..insyaallah

    ReplyDelete
  2. syukran syafiah..insyaAllah doakn ana utk trus thabat dlm perjuangan ini...

    ReplyDelete