Sunday, March 6, 2011

U-TURN KE JALAN YANG DIREDHAI...

"Assalamualaikum,maaf cikgu,,saya lambat."kata aishah yang terlambat ke kelas tambahannya pada petang itu.Cikgu Alif hanya tersenyum dan memberikannya helaian kertas latihan.Aishah mengambil tempat duduk yang bersebelahan dengan sahabat karibnya.

Firdaus yang dari tadi hanya  tertunduk cuba meyakinkan hatinya yang dia tidak mempunyai apa2 perasaan kepada Aishah.Lama sudah dia memendam rasa.Dia sedar siapalah dia berbanding Aishah,seorang gadis yang cantik,bijak dan beragama.

Sepanjang mengenali Aishah,jarang2 sekali dia melihat Aishah berbual dengan lelaki lain,pakaiannya juga sentiasa menutup aurat,perilakunya lemah lembut,senyumannya manis.Itulah yang menarik hati Firdaus.Sedangkan Firdaus hanya pelajar yang rendah akhlaknya,dia sendiri mengakui hal itu.Biarpun menuntut di sekolah agama,tetapi solatnya entah ke mana dan waktunya sering disibukkan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Suatu petang Firdaus duduk berehat di halaman rumahnya sambil membaca majalah hiburan,dia memang tidak pernah ketinggalan dari segi hiburan.Tiba2 dia dikejutkan dengan suara seorang perempuan memberi salam.Firdaus menghampiri pintu pagar.Hampir terkeluar biji matanya melihat Aishah sedang berdiri sambil memegang bungkusan yang tidak tahu apa isinya.

"Ganggu ke?...maaflah..ni mak saya suruh hantar kepada mak awak...Asyraf pulang ke kampung.."Firdaus hanya membalas dengan ucapan terima kasih.Mereka membalas salam dan Aishah berlalu pergi.

"Asyraf?apa kaitannya Asyraf dan Aishah....?Semalaman Firdaus memikirkan perkara tersebut.Asyraf adalah rakan karibnya di kelas tambahan.Tetapi tidak pernah pula Asyaraf menyebut tentang Aishah.Dia akhirnya terlena.Dalam lenanya Aishah bertandan lagi,cukup indah sekali baginya.

Keesokan paginya dia bangkit,bangkit dengan satu azam.Ya.Dia telah bertekad.Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Aishah.Dia mahu memiliki Aishah.Tidak mahu terlambat.Aishah tidak boleh jatuh ke tangan orang lain.Terketar-ketar tangannya menaip mesej menghulurkan salam perkenalan kepada Aishah.

Seketika kemudian telefonnya berbunyi.Menandakan ada mesej yang diterima.Alangkah gembiranya dia apabila salam pekenalannya disambut mesra.Mereka terus berbalas mesej selama beberapa hari.

Bagi Aishah tiada salahnya hanya berkawan.Tidak pula dia sedari maksud sebenar Firdaus.Aishah juga mengagumi wajah tampan Firdaus,tetapi perasaan itu disembunyi daripada sesiapa pun.Aishah yakin dia pasti akan diejek lantaran perwatakan buruk Firdaus.Tiga hari selepas pekenalan mereka,Firdaus berjaya mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya kepada Aishah.

"Saya nak tanya awak satu soalan boleh?".."Apa dia?".Aishah membalas ringkas.

"Kalau saya nak couple dengan awak,awak nak tak?"Terasa hampir gugur jantung Aishah tatkala membaca mesej Firdaus itu.

Tidak disangka sampai itu niat Firdaus.Dia buntu memikirkan jawapannya.Memang sepatutnya dia menjawab TIDAK dengan tanpa ragu2.Bukan dia tidak tahu couple itu hukumnya haram.Tetapi hatinya terus mendesak untuk dia berkata ya.

Firdaus juga sudah berjanji untk berubah jika Aishah menerimanya.Dia meminta masa selama tiga hari daripada Firdaus untuk memberikan jawapan.Firdaus pula hanya bersetuju.Tetapi sebenarnya Firdaus hairan kerana sebelum ini gadis2 yang "dilamarnya" pasti akan bersetuju tanpa berfikir panjang.

Tempoh tiga hari yang dipinta Aishah sudah berakhir.Firdaus menghantar mesej meminta jawapan daripada gadis itu.Aishah sudah bersedia dengan jawapannya.Firdaus menanti dengan penuh debaran sama ada dia dapat memiliki gadis yang dicintai dan dikaguminya itu.Telefon bimbitnya berbunyi lagi.Terketar-ketar tangan Firdaus membuka mesej itu.

"Maaf,saya tak boleh.Saya tak tahu kenapa tapi saya takut"

Firdaus hanya terkebil-kebil.spontan jarinya menaip mesej."Tapi kenapa?"...dan mesejnya dibalas sabda rasulullah s.a.w..Barangsiapa yang jatuh cinta lalu mnyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia ,maka dia adalah seorang yang mati syahid.

"Kuno betul...macam orang tua dulu-dulu...kau ingat kau tu cantik dan baik sangat ke??"sombong..memilih pulak...jadi anak dara tua nanti baru kau tahu..!bentak Firdaus dalam mesejnya.

Aishah merenung telefon bimbitnya.dan tanpa disedari air matanya menitis.bukan dia menyombong dan bukan pula dia memandang rendah pada Firdaus.

Sejujurnya ada perasaan cinta yang terpendam.namun dia lebih cintakan Allah.Allah tetap cinta utamanya.Dia nekad untuk buat perubahan dalam diri dan mengabaikan cinta dunia buat masa ini.banyak lagi yang perlu diutamakan.Dia sedar masih jauh lagi perjalanannya.

Setahun berlalu,Firdaus masih hanyut dalam dunianya sendiri.Dia masih belum dapat melupakan Aishah.Baginya Aishah merupakan seorang yang ekstrem dalam beragama sehinggakan untuk bercouple pun dia takut.sedangakan pada zaman ini couple menjadi trend masa kini.baginya mereka masih boleh bercouple dan dalam masa yang sama ,menjaga adab dan batas pergaulan.

Suatu hari,Fitri,abang kepada Firdaus yang merupakn seorang pelajar perubatan di University of Bristol,UK pulang bercuti.Firdaus dan Fitri memang sangat rapat dari  kecil namun kedua mereka mempunyai sikap yang berbeza.Malam itu Firdaus datang ke bilik Fitri untuk berbual-bual dan melepaskan rindu.Firdaus berbaring di katil Fitri sambil termenung memandang syiling sementara menunggu Fitri yang sedang mandi.

Dari laptop Fitri lagu "atas nama cinta"  berkumandang memenuhi ruang kamar itu.Firdaus hanya menikmati iramanya tanpa menghayati liriknya.


Tersentak Firdaus mendengar bait2 lagu tersebut.seperti ada kaitan dengan dirinya.bayangan Aishah muncul di fikirannya.dia memainkan semula lagu itu dan kali ini dia menghayati liriknya.pelbagai persoalan bermain di kotak di fikirannya.

sebaik sahaja Fitri selesai mandi,Firdaus segera bertanya kepada abangnya.:

"pit!kau kat sana takde gf ke?"

"hish,kau ni.tak habis study lagi nak ada gf apanya..?"

"kawan2 kau pun takde gf ke?"

"kawan2 aku adalah yang dah ada gf.."

"habis tu kau tak nak ada gf ke?muka kacak macam kau takkan takde orang nak...ke kata sana sikit je orang melayu..?"

"orang melayu ramailah jugak.tapi aku rasa ibu dan ayah tak bagi kot kahwin sekarang.."

"Pit!!alamak pit..aku tak suruh pun kau kahwin...aku tanya ada tak kau couple dengan sapa2..?"

"hish...aku tahula kau tak suruh aku kahwin..tapi tiada hubungan yang sah sebelum kahwin.jodoh kita Allah dah tentukan."

"Tapi kita kena cari kan??takkan jodoh datang camtu je kat depan muka pintu.."

"memang lah jodoh kena cari..tapi cari dengan cara yang diredhai Allah.Always remember my brother...matlamat tak menghalalkan cara.tak pernah...."

"habis tu cmne nak jumpa jodoh kalau macam tu..?"

Firman Allah s.w.t :

"Wanita yang keji adalah untuk laki2 yang keji..dan laki2 yang keji adalh untuk wanita2 yang keji(pula) dan wanita yang baik adalah utk laki2 yang baik dan laki2 yang baik adalah utk wanita2 yang baik(pula) .mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu) .bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga) ."surah annur ayat 26.


"wow!kau pergi sana jadi ustaz ke??habis tu maksudnya aku dapat perempuan yg tak baik lah..sebab aku ni macam jahat je.."

"mungkin ya.mungkin tidak..Allah yg merancang .kadangkala Allah jadikan yg sebaliknya utk kita saling melengkapi.."

"kau nak isteri macam mana Pit??"

"kalau boleh aku nak isteri yg cintakan aku..rindukan aku...dan semuanya KERANA ALLAH...

"Aduhai...hahaha.lawaknya.habis tu kalau tak cantik macam mana?"

"cantik tu subjektif lah.bagi aku cantik yg sebenarnya adalah cantik dalamn.because it will never fade away..kalau kau sayang dia sebab cantik luaran semata-mata ,kecantikan tu tak kekal..cuba kau bayangkan muka dia masa umur 80an..kau sayang dia lagi ke tak agak2nya masa tu??sebab tu bukan perkara main2 nak cari isteri ni.kena minta pandangan Allah.insyaAllah boleh berkasih sayang sampai ke syurga..jadi ketua bidadari aku kat syurga nanti.rumah tangga pun diberkati.."

"habis tu kalau couple tu jahatlah?"

"Allah larang kita couple..kenapa?nah.baca artikel  ni.kata Pit sambil menghuluran helaian arikel tentang haramnya couple.

Rasulullah s.a.w pn pernah bersabda ,kalau kta mengahwini seorang perempuan kerana agamanya nescaya beruntunglah kita..insyaAllah"pesan Fitri lagi...

"oh...okey.pape pn terima kasih ya..okey lah Pit.aku nak tidur dah ni..selamat malam"

malam itu tidurFirdaus tak lena.artikel tu sudah beberapa kali dikhatamnya.rasanya dia sudah fahamkenapa Aishah menolak cintanya.rasanya Aishah seorang yang berpandangan jauh.jauh sampai ke akhirat,bukan utk dunia semata-mata.

semalaman dia tak dapat tidur.dia melangkah ke bilik Fitri utk berbual lagi dgn abangnya.dia tidak pasti sama ada Fitri sudah tidur atau belum..kerana kebiasaannya pada waktu tiga pagi begini abangnya menelaah pelajaran.Berhati-hati pintu bilik Fitri dikuak.kelihatan Fitri sedang berteleku di atas sejadah.

perlahan2 Firdaus menghampiri Fitri yg sedang khusyuk berdoa dalam esak tangis.
dalam doanya dia menyebut:

"YA ALLAH YA TUHANKU...kasihMu sentiasa segar dlm setiap hembusan nafasku.betapa lemahnya hmbMu ini..kepadaMu kelak tempat aku kembali.jgnlah kau biarkan cintaku terhadap duni yg menipu daya melebihi cintaku kepada MU..."


Jantung Firdaus mulai berdegup kencang semasa mendengar luahan hati Fitri dlam doanya.Firdaus segera berlari ke biliknya ,dia menangis sepuas hati,entah dari mana datangnya air mata itu.dia juga kurang pasti..yang dia tahu hatinya terasa tidak tenang dia mempunyai segala-galanya tetapi seperti ada kekosongan dalam dirinya..

Terasa betapa jauhnya dia dari Tuhan.betapa lemahnya dia.dia mengambil wuduk dan menghamparkan sejadah yg berhabuk diselaputi kejahilannya.dia menunaikan solat fardhu isyak .hatinya berasa sedikt tenang.

Esoknya pagi2 dia berjumpa Fitri.

"Pit,aku rasa nak berubahlah..."

"alhamdulillah.gembira aku dengar..tapi,kenapa tiba2 je..?tanya Fitri sedikit kehairanan.

"sebenarnya semalam aku dengar kau minta ampun pada Allah,kenapa kau nangis?aku rasa kau ni macam baik sangat.tak macam aku ni..."

"baik lah sangat kan..daus,cuba bandingkan amalan kita dengan amalan para nabi dan sahabat.macam langit dengan bumi!aku takut Allah tak terima taubat aku selama ni..hari-hari macam2 dosa aku buat,ada yg sedar ada yg aku tak sedar..itu tak termasuk lagi dosa masa zaman aku jahiliyyah.."

"kau tak rasa malu kalau org tahu laki macho macam kau ni nangis malam-malm??"

"malu?kenapa nak malu?,malu memanglah sebahagian dari iman.tapi malu kenala bertempat.hakikatnya malu tu tak mendatangkan sesuatu pun melainkan kebaikan.bukan satu perkara yg memalukan pun..."

Nabi Muhammad s.a.w,pemimpin umat,ketua negara.baginda telah dijanjikan Allah tempat di syurga namun baginda masih beristighfar tidak kurang 100kali sehari ,kita macam mana?
baginda sembahyang sampai bengkak2 kakinya,kita pula?

"best ke menangis malam2 ni..?"

"best.best sangat.macam kau bercakap dgn seorang yg setia dengar tak kira apa pun masalah kau,tak kira masa.yg tak hina kelamahan kau.dia bagi pula kekuatan pada kau.yang tak jemu dgn rintihan kau.yang pujuk kau dgn janji2 yg pasti.yg suka dengar permintaan kau.yang beri kau rezeki.yang tahu apa yg terbaik buat kau.macam itulah rasanya.

"ada ke orang yang macam tu..?"

"memang takada la yg setia macam tu..hanya Allah YANG MAHA MENDENGAR.Allah dekat dengan kita."

Allah berfirman:

Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku(jawablah) bhawasanya Aku adalah dekat .Aku mengabulkan permohonan org yg berdoa apabila ia memohon kepadaKu.maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dlm kebenaran...[al baqarah:186]

"Indahkan ayat2 Allah?jadikan lah Allah kekasih kita,dan al quran adalah ayat-ayat cintaNya.200% akan berasa bahagia lepas ni ,sampai akhirat,selama-lamanya..insyaAllah..."

Fitri menghulurkan sebuah buku yg bertajuk tulisan Imam Al Ghazali yang telah diterjemahkan.Dia berasa cukup bahagia dengan minat adiknya utk berubah.dalam hatinya dipanjatkan doa agar adiknya terus istiqamah di jalan Allah.

"kalau nak berubah kena kuat tau,macam2 dugaan.dunia ni penuh tipu daya bukan suruh kau abaikan dunia sampai tak belajar,tapi buat apa2 pun kerana Allah. Allah suruh kita teroka ilmu sedalam mungkin.kena istiqamah tau.apa2 masalah rujuk lah ustaz ke...atau org2 alim..jgn pergi tanya org sesat pula..."

"Tak tua sangat ke aku nak u-turn semula ni?"

"Tua ke?aku lagi tua.umr baru 16 dah kata tua.Bro,never too old to learn ,never too late to turn.aku akn selalu doakan kau.uhibbuka fillah khair kathira..."

"okey.thanks Pit!kau memang uderstanding lah.uhibbuka fillah aidhon..bluek!!haha..usik Firdaus sebelum melangkah keluar dari bilik Fitri.

Perubahan sikap Firdaus sedikit sebanyak telah menjadi perangsang kepada mereka utk turut berubah .buku itu mula dibelek-belek.setiap helaian dihayati dengan penuh minat.hatinya terasa tenang.sedikit demi sedikit perubahan yg dilakukan.hobinya yg lama sudah ditinggalkan.

Dia juga mula berdakwah kepada rakan2 dan ahli keluarga.pada  mulanya dia mendapat cemuhan,kata mereka Firdaus berubah utk Aishah.tetapi Firdaus tetap dgn prinsipnya kerana dia yakin Allah dekat dengannya dan Allah maha mengetahui.

kecekalan dan ketabahn Firdaus berkat rahmat ilahi mendekatkan dirinya dgn cita2 utk bergelar doktor yg akan mampu merawat penyakit jasmani dan rohani bangsanya.Dia kini bergelar seorang graduan dari Universiti Ain Shams.menuggu utk melapor diri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Tengahari tadi juga dia salamat diijab kabulkan dgn bidadari yg dinantikan selama ini,Aishah Humaira' bt Ibrahim.Berkat bantuan kembar Aishah,Asyraf  Mukmin sbg org tengah.malam itu mereka solat sunat pengantin baru bersama.selesai solat,mereka bersalaman.kelihatan permata jernih mengalir membasahi pipi Aishah.

Dia turut sebak menahan tangis.Namun dgn tenang dia mengawal perasaan.

"kenapa humaira' menangis?humaira' sedih ke?"

"bukan abang.humaira' bersyukur sangat.Kasih Allah pada kita.disimpulkan kita dgn ikatan suci."

"abang pun gembira sangat humaira'..Allah kurniakan abg dengn bidadari yg sgt cantik.cantik segala-galanya.lengkap separuh agama abang..alhamdulillah..."

Seinfiniti kesyukuran dipanjatkan buat ilahi.tempat datang dan kembalinya segala nikmat.tempat selayaknya dikembalikan segala puji-pujian ..benarlah hidayahNya disalurkan melalui pelbagai cara.alhamdulillah....

~perindu syahid abadi~

3 comments:

  1. erm menarik sgt cter nie..thanx atul share..

    ReplyDelete
  2. bestnye......ak pun nak jd mcm aishah la.....

    ReplyDelete
  3. hehe..moga jadi wanita yg solehah..ni khuza ye?

    ReplyDelete