Friday, May 6, 2011

capai redha Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..
entry kali ni sy ceritakan tentang redha Allah.sedar atau tidak setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini sebenarnya perlu kepada keredhaan Allah.
ramai yang di luar sana buat sesuatu itu tanpa memikirkan tentang ini.sebagai contoh,seorang yang bersedekah untk menunjuk-nunjuk.

Maka saya tekankan di sini sekali lagi,perlunya kita semua sebagai hamba Allah mencapai mardhatillah(redha Allah).Rasulullah juga pernah bersabda:"tidak masuk seseorang itu ke syurga kerana amalannya.sahabat bertanya:"sekalipun engkau wahai rasulullah?".Rasulullah menjawab:"ya,sekalipun aku.kecuali dengan rahmatNya".
maka di sini telah jelas bahawa redha Allah ini amat penting.

erti kegagalan:

Apa itu kegagalan?seseorang yang gagal dalam sasarannya atau seseorang yang gagal mencapai kejayaan yang diinginkan.kegagalan juga boleh membawa seseorang itu kecewa.tambahan,kecewa yang melampau akan menyebabkan seseorang itu menyalahkan takdir Allah.

mungkin dia gagal kerana tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.atau kerana dia telah berusaha tetapi usahanya itu tidak menepati kehendak Allah.maka Allah memberikan peringatan dengan kegagalannya.
tidak seharusnya kita menyalahkan takdir Allah kerana gagal tetapi sepatutnya kita perlu sedar dan terus berfikiran positif.

lain pula dengan situasi ini.seseorang yg telah berusaha dan menepati kehendak Allah , maka orang ini adalah mereka yang dekat dengan Allah.
saya juga pernah merasakan kegagalan.bila kita ingat balik sejarah pada zaman rasulullah.tidak semua peperangan,umat islam menang.maka di sini kita faham tidak semestinya seseorang itu berjaya dan terus berjaya tanpa gagal sekali pun.dan tidak semestinya seseorang itu gagal dan terus gagal tanpa pernah berjaya sekalipun.tak logik bukan?
bukan lah sesuatu perkara yang kita lakukan itu hanya utk menang tetapi ada yang lebih utama dari itu iaitu REDHA ALLAH...

Pasti terselit hikmah dalam kegagalan kita.Allah sayang akan hambaNya dengan memberikan ujian dan dugaan.melihat sejauh mana kekuatan iman hambaNya..

bukannya apabila gagal,mengambil keputusan untuk membunuh diri dan sebagainya yang di luar jangkauan saya.pelik saya bila dengar berita ada pelajar bunuh diri kerana gagal spm..
adakah kita ingat akan peperiksaan yang lebih besar dari itu??yang akan ditanyakan pada hari akhirat nanti.berjaya atau tidak kita waktu itu?

kita juga harus sedar,jika kita berjaya mendapat sesuatu tetapi tidak menepati dengan kehendak Allah,maka kita akan jauh dari keredhaanNya.dalam al-quran Allah mengingatkan tentang bencana istidraj yang menyebabkan seseorang hamba jauh dari Tuhan dengan kemewahan duniawi yg dia peroleh.matlamat utama kita bukannya bersifat duniawi yg sementara tetapi kita mengejar matlamat ukhrawi yang kekal abadi,.maka bersifat positiflah dengan kegagalan kita yang kita terima.lalu,jadikan ia panduan utk kita merancang sesuatu perancangan yang lebih selari dengan kehendakNya.

matlamat kita adalah mencapai keredhaan ALLAH walau perlu bersusah sekalipun.kehidupan akan sangat bahagia apabila dinaungi rahmat ilahi.

Monday, May 2, 2011

ketabahan mengajar erti kedewasaan

Bismillahirrahmanirrahim...
ya Allah,ke atas Mu aku memanjatkan rasa syukur kerana masih lagi diberi ruang utk bernafas 
merasakan nikmat iman dan islam itu lagi
moga iman ini sentiasa bertambah
hari ini,aku mendapat panggilan dari seorang rakanku yang aku kenali nya sejak di tingkatan1
berita yang dibawa olehnya mengejutkan aku
bapa kepada rakanku itu telah menghembus nafas terakhir 
pada jumaat malam sabtu
aku dapat merasakan apa yg dia rasakan
kerana aku juga telah kehilangan ayah tercinta semasa aku masih darjah 6
hanya  Allah saja yang mengetahui pada masa tu
namun ketabahan itu mengajar aku terus menjadi dewasa
buat rakanku nor diyana atira
sabarlah dan tabahlah mengharungi ujian yang baru kau tempuhi ni
setiap yang hidup pasti akan kembali ke pangkuanNya
Allah menguji hambaNya kerana Dia sayangkan hambaNya
ingat pesan ayah sewaktu dia masih hidup
doakan dia sentiasa
jadi anak yang solehah dan terus cuba utk menjadi yang solehah
kerana doa anak yang soleh itu yang diharapkan oleh kedua ibu bapa kita

buat mereka yang masih lagi ada ayah di sisi
jangan abaikan mereka
teruskan lah berbakti kepada mereka
jadi anak yang menjadi harapan ayahanda dan bonda

jadilah anak kebanggaan ayah dan ibu kita..^_^