Monday, March 21, 2011

Cantik ke?

Siapa yang cantik?awak ke saya?

Kalau di bollywood mungkin kata mereka,Aisywarya Rai,kalau di Hollywood,Paris Hilton adalah yang tercantik dan kalau di Malaysia mungkin Fasha Sandha..err~

Siapa agaknya yang dapat memberikan definisi yang tepat tentang cantik??

Cantik adalah subjektif.setiap orang mempunyai definisi cantik masing-masing.

Mungkin bagi saya,cantik adalah itu dan ini,tapi lain pula kalau bagi yang lain.mungkin...

Tiada siapa yang dapat beri definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik.Namun kini,pada pendapat saya barat pun sudah mendefinisi cantik pada dunia dan seluruh dunia memakai definisi cantik barat.

kadang kala,cantik juga didefinisi mengikut tempat,kaum dan budaya.

kalau di barat,the thinner the better,lain pula kalau di Africa,the bigger the better.


Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus,sebaliknya di Mauritania,wanita mengamalkan 'makan paksa' selama 5-6tahun untuk gemuk,agar menjadi cantik dan cepat bertemu jodoh.

Sungguh berbeza definisi cantik ni kan?

Ataupun ada yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pnadangan kita adalah pelik dan tidak masuk akal tapi bagi mereka itulah CANTIK!

Satu kaum di Thailand menganggap leher yang panjang itu cantik.lantas sejak dari umur 5tahun lagi mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka nampak panjang dan semakin panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula,suku kaum Olan Ulu menganggap telinga panjang itu cantik pada pandangan mata mereka.dan bagi mereka itulah kecantikan mereka.

Tapi kini,generasi muda zaman ini tidak lagi mengamalkan amalan ini(mungkin sudah terikut-ikut definisi barat..errmm)

PERLUKAH JADI CANTIK??


Di Mexico kaum wanita menghabiskan separuh gaji untuk kecantikan seperti ke salun malahan ada juga pakej bayaran secara ansuran untk pembedahan plastik.

Atau di Iran pembedahan hidung adalah sangat popular.

Wanita di Iran menghabiskan wang mereka semata-mata utk membuat pembedahan hidung yang diidam-idamkan mereka lantaran kata mereka hidung mereka besar..

tetapi saya tertanya-tanya bukankah mereka islam dan islam melarang megubah ciptaan Allah..?wallahua'lam

Betapa pentingnya cantik bagi seorang wanita itu.

macam2 sanggup dikorbankan,wang ringgit,masa,kesakitan yg perlu ditanggung malahan hukum agama juga sanggup dilanggar demi cantik.


Tidak kisahlah mereka melanggar hukum agama yang penting mereka cantik.plastic surgery,botox,liposuction,gastric bipass,sekarang bermain dalam kehidupan wanita utk cantik.

walaupun mereka sedar tentang kesan sampingan perbuatan ini,semua itu ditolak tepi demi cantik.

INNALLAHA JAMIL WA YUHIBBUL JAMAL.ALLAH ITU CANTIK  DAN SUKAKAN KECANTIKAN....


kata mereka bila mereka cantik barulah ada keyakinan diri.

saya juga bersetuju dengan ini tapi bukanlah sampai mengorbankan segala-galanya demi cantik.

Allah sukakan kecantikan tapi bukanlah sampai mengubah ciptaanNya...


tambahan pula,mereka yg ekstrem mahu kelihatan cantik ini sebenarnya mahu dipandang cantik di mata manusia,bukannya di mata Allah.semuanya dilakukan untk mendapat tempat di hati manusia.

dulu sewaktu kecil ,saya juga suka kelihatan cantik.

kalau baju pink seluruh badan perlu pink sehinggalah ke penyepit rambut.tapi kini,saya bukan perempuan yg obses cantik,cantik bukan sekadar di wajah tapi cantik itu pada akhlak dan keimanannya pada Pencipta.

cantik akan pudar walau cuba utk dpertahankan tapi akhlak itu hiasan yg kekal pada diri seorang wanita.


wanita yang cantik akhlaknya maka cantiklah luarannya.

tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana suatu hari nanti,kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

bukanlah tidak perlu manjadi cantik dan perlu menjadi buruk kerana Allah sukakan kecantikan dan biarlah cantik itu kerana Allah semata.dan definisi cantik itu perlu sesuai dengan islam.

janganlah sanggup melanggar larangan agama semata-mata utk cantik.

perbaikilah akhlak diri sekaligus,anda akan kelihatan cantik di mata Allah dan mata manusia.

bersyukurlah dan berpuas hatilah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dan gunalah sebaik2nya kerana Allah..

Sumber:iluvislam.

3 comments:

  1. salam ziarah.

    tringat satu video ttg kecantikan.ttg akhlak yg lbh utama.tp cara penyampaian yg brsahaja.

    "bukan smua cantik subjektif."
    http://www.youtube.com/watch?v=j8N4BLv0-fc

    selamat brkarya.

    ReplyDelete
  2. akhlak itu penting.
    yang menyerlahkan kecantikan hakiki seseorang.

    sebab kecantikan wajah tak mejanjikan apa2

    sebab tak lama lagi ia akan berubah menjadi tengkorak yang sangat menakutkan!~~

    ReplyDelete