Saturday, May 19, 2012

TAHAJUD CINTA


Tahajud??Cinta?Ni nak cerita pasal tahajud atau cinta?hurm,sebelum tu ana mohon maaf atas khilaf ana sebab dah lama tak update blog ana sejak ana sampai di ardul kinanah ini.bukan masa yang mencemburui tugas ana di sini tapi masalah diri ana sendiri yang tidak pandai  membahagikan masa.Baiklah kita bebrbalik pada tajuk kita iaitu TAHAJUD CINTA.Pernah tak antum bangun bersolat tahajud?Dan apa yang antum rasakan setelah itu?Rasa biasa2 atau luar biasa?jawab dalam hati antum masing2..Biah di mesir sangat hebat..berbanding dengan tanah air ana sendiri di Malaysia.Alhamdulillah rasa seronok dipayung dan dibumbungi oleh persatuan yang sangat menjaga kebajikan anak buahnya iaitu badan kebajikan anak Selangor mesir(bkasm).Di samping menjaga kebajikan penghuninya,bkasm juga mendidik kami menjadi hamba Allah yang bertaqwa.dan dengan wasilah inilah,ana mengerti betapa pentingnya tahajud itu.Saat ana dan beberapa sahabat dipanggil dan seterusnya diberikan taklifan mengejutkan sahabat yang lain untuk bangun awal pagi,dan melalui taklifan inilah ana rasakan diri ana yg hina ni sebenarnya belum cukup sempurna untuk  taklifan itu.Tapi hati mengatakan diri ini perlu berubah.Bukankah aku mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah?hurm,mungkin inilah masanya.Syukur Alhamdulillah,Dialah yang selama ini mengejutkan ana untuk laksanakan taklifan itu.Dan inilah masanya juga untuk kita buktikan cinta kita pada Yang benar2 perlu merasakan cinta ini iaitu Allah..Rasa dekatnya dengan Allah saat dahi ini dekat pada sejadah..Subhanallah Maha Suci Allah!Rasa ruginya kalau satu malam tidak bersamaNya..inilah dia CINTA,wahai sahabat..Mungkin orang yang bercinta di luar sana tu  dapat rasakan cinta mereka pada kekasih mereka yang belum halal dan mungkin belum tentu halal selepas itu.TETAPI sebenarnya sahabat,CINTA ALLAH itu sangat BESAR dan sangat2 agung berbanding dengan cinta yang ntah apa2.Oleh itu,sahabiah yg ana kasihi(muslimah),marilah sama2 kita mengislah diri kepada yang lebih molek,lebih comel,dan mungkin lebih cantik.Barulah Allah sayang pada kita.Maaf atas segala kekurangan bahasa,khilaf pada ayat..niat di hati untuk sampaikan ilmu,sampaikan dakwah.Terimalah apa adanya(peace)^_^

MANUSIA DAN PENCARIANNYA.MANUSIA ITU SENTIASA DALAM KEADAAN MENCARI-CARI.KADANGKALA JELAS DENGAN APA YANG DICARINYA,KADANGKALA KABUR.ITULAH HAKIKAT HIDUP SEORANG MANUSIA DIJADIKAN DENGAN SIKAP MENCARI-CARI AGAR AKHIRNYA IA KEMBALI MENCARI JAWAPAN HANYA PADA TUHANNYA YANG MAHA MENGETAHUI.
Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment