Tuesday, September 13, 2011

PERJALANAN YANG JAUH~

assalamualaikum..tak sangka dan tak perasan yang pondok ni dah bertambah usang.sekarang tibalah masanya ana nak membersihkan semula pondok ni agar tampak lebih menarik dan insyaAllah memberi manfaat kepada yang menziarahinya..

salam perjuangan kepada semua sahabat.tidak kira yang ambil diploma,degree,master mahupun phD,di kolej mahupun universiti..sekolah sekalipun..semuanya bergelar sebagai seorang pejuang.pejuang yang menegakkan agama Allah.itulah dia peranan sebagai seorang hamba yang tunduk pada Allah dan juga agama Islam.Dan itulah maksud pejuang yang sebenarnya..Bukan berjuang dalam menuntut ilmu utk bergelar MAHASISWA TERHEBAT,CEMERLANG ..tetapi hanya satu tujuan kita iaitu MENCARI REDHA ALLAH.

Teringat ana satu doa yang selalu dibaca oleh tokoh wanita iaitu serikandi RABIATUL ADAWIYAH.Dalam doanya,,,ya Allah sekiranya aku beribadah kerana syurgaMu maka Kau jauhkanlah aku daripadanya,sekiranya aku beribadah kerana takut akan nerakaMu maka Kau campakanlah aku ke dalamnya,tapi sekiranya aku beribadah kerana redhaMu maka janganlah Kau sia-siakannya...

Perjalanan kita masih jauh..bukan setakat sini sahaja.bukan setakat kita telah berjaya menggenggam segulung ijazah..tapi sehinggalah kita berjumpa dengan SANG KHALIQ kita Allahu Rabbuna...sehinggalah kita mendapat sijil dan trofi daripada Allah..

seringkali kita terjatuh tersungkur andai kejayaan tidak menjadi milik kita..sedarkah kita bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya..Allah menguji iman hambaNya,,kekuatan jiwa hambaNya..maka bersyukurlah kerana kita ada Dia yang sentiasa mendengar rintihan hambaNya..bahkan Dia terlalu merindui rintihan hambaNya..

kadang2 kita terasa sangat lemah untuk melangkah,dgn membawa jiwa yg rapuh bagai tak mampu bertahan menghadapi perjalanan in,semangat tenggelam..tapi mungkin kita akan berbisik semua ini adalah dugaan..perjuangan mana yg tidak ada dugaan?itulah dia hamba dan seorang pejuang yang hebat!

Teruskanlah berusaha utk menjadi hamba yang hebat yang bertaqwa,yang mulia di depan Allah..sediakan lah bekalan yang secukupnya sebelum berada dalam perjalanan yang jauh ini..mesti mempunyai keazaman yang tinggi,matlamat yang jelas,rohani dan mental yang kuat..

buat sahabat yang akan bersama-sama ana utk melangkah jauh ke bumi anbiya' marilah sama-sama kita mentajdidkan niat kita dengan niat2 yang baik.bantulah sahabat yg lain andai mereka dlm kesusahan..sesungguhnya Allah akan mempermudahkan urusan kalian..

Salam jihad untuk semua!Salam generasi harapan...

No comments:

Post a Comment