Saturday, April 30, 2011

hari anugerah kecemerlangan

alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi masih lagi kita dapat bernafas menghirup udara yg segar di bumi barakah ini..
hari ini,pentas dewan SAMTiSH menjadi saksi bagi penerima anugerah kecemrlangan 2010
tahniah wa alf mabrook kepada semua yang menerima hadiah tadi
walaupun berapa bulan saje menuntut ilmu di sekolah tu 
seolah-olah macam dah berabad dah sekola situ
banyak memori gelak tawa suka duka berkongsi dengan kawan2 guru2
terima kasih buat guru2 tercinta
ustazah siti nor jaafar,ustzh siti nor othman
ustazah aishah ustazah kholijah
teacher sapura teacher ruswiza
ustaz yusri ustaz nizam ustaz shukri ustaz basha
pengorbanan mereka tidak akan aku lupa
tahniah juga buat ustazah aishah dan ustaz yusri menerima anugerah guru panitia cemerlang
wahhh..hebatnya!!
dapat jugak aku merasa ambil anugerah kat sekolah tu
yelah,setahun je kan kat situ...semuanya dari Allah
yarzuqu man yasya'...
Allah memberi rezeki kepada siapa saja yang Dia nak
sebenarnya memang dari sekolah rendah nak skola situ
tapi tak dapat...alhamdulillah akhirnya dapat juga merasa ambil stam kat situ
tahniah juga buat sahabat aku nur aishah zainuddin..
wahh,akhirnya tercapai jugak hasrat awak nak mumtaz kan...
kite taw awak memang semangat dari dulu
suka semangat awak,,kite pon teringin nak jadi cam awak..hehe
anyway,terima kasih syukran thank you untuk hadiah tadi
semoga Allah memberkati awak aishah...kita suka hadiah tu^_^
akhir kata,segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam...
ALLAHU AKBAR!!

Wednesday, April 13, 2011

itu dulu,bukan sekarang

terima kasih menjadi kawanku 
kawan berkongsi suka duka
sejak kita mula kenal
seusia 13tahun di sekolah hisamuddin
waktu aku mula mengenali dunia remaja
yang aku tahu waktu tu hanya untuk bersuka-suka
aku tidak mahu menceritakan kenangan pahit di sini
kerana ia mungkin membuatkan aku menangis
mengenang sikapku yang dulu
tapi itu dulu
aku tidak mahu menjadi seperti dulu
aku mahu menjadi yang sekarang
yang ingin mengejar cinta yang sebenar
iaitu cinta Allah
aku tidak mahu lagi tertipu dengan cinta manusia
yang hanya manis di mulut
tetapi akhirnya aku jatuh
aku mahu berhati-hati dalam langkahku kali ini
3tahun kita bersahabat baik
tetapi aku masih tidak nampak lagi
pengertian sahabat di situ
apa yang kau buat aku buat
aku terlalu cepat sangat untuk terpengaruh
bukan aku menyalahkan kau
tetapi aku sendiri yang meletakkan jalan aku di situ
setelah itu kita mulai merenggang
tapi bukan bermakna kita bukan kawan
kita tetap kawan selamanya
aku mulai sedar apa itu remaja islam
aku ingin sekali mengajak kau
tetapi kau seperti melarikan diri dari aku
kau lebih suka untuk mengikut dia
aku tiada siapa2 waktu itu
aku banyak bersendirian
aku menumpukan pada impian aku waktu itu
untuk mendapatkan apa yang aku inginkan sejak aku belajar di situ
aku masih tercari-cari di mana sahabat yang aku carikan selama ini
sesungguhnya Allah itu dekat,dekat dengan hambaNya
Dialah yang telah menghadiahkan aku seorang sahabat yang aku cari selama ini
yang membawa aku ke jalan dakwah sehingga kini
sahabat aku yang sekarang aku sayangi
aku yang dulu telah lenyap begitu sahaja
namun apa yang aku risaukan kini adalah
engkau
kau telah berubah jauh sekali
tidak seperti yang aku sangkakan
aku ingin sekali membawa kau ke jalan Allah
aku mahu berjumpa dengan kau
tapi kita telah jauh
jauh dari segi jarak
tetapi kalau boleh aku tidak mahu kita jauh hubungan
hanya menatap gambarmu membuatkan 
aku bertambah sedih,terkilan
kalau boleh aku mahu minta semua yang terbaik buatmu
tapi jika satu yang dikabulkan
aku mahu kau terus berada dalam cahaya iman
kerana dengan iman lah
kau pasti selamat dunia akhirat