Wednesday, March 20, 2013

Diuji Dan Terus Diuji




“Kuliyah ehh?tanya seorang warga arab mesir kepadaku.”syariah islamiyyah sanah thaniah”.jawabku.”enti mukhtabiroh”.terpaku aku seketika.na’am,ana mukhtabiroh.”kam juz’un enti tahfazin?”(berapa juzuk kau dah hafal)tanya dia lagi.”sedikit,sangat sikit,doakan aku.aku rasa aku tidak mampu lagi.Warga arab itu memandang aku dan memberikan tips untuk menghafaz dan mengingat.Perbualan kami terputus di situ.Dia bersama anak kecilnya.Aku terus pulang ke rumah.

‘Ditampar?’Berkali-kali sudah.Tapi masih jawapan yang sama.Masih berada di mahattah yang sama.Masih tidak berganjak.Mukhtabir(orang yang diuji).Di sini(mesir),aku belajar satu persatu kalimah U.J.I.A.N.Kalau ada ujian tentu adanya kesusahan.Setiap kita merasakan hembusan ujian itu.Ujian pergi ke kuliyah,dengan menaiki bas yang ramai orangnya,kehadiran kuliyah yang tidak wajib menjadikan sesetengah mahasiswa mengambil enteng amanah tersebut,ujian menyeimbangkan antara kuliyah persatuan dan talaqqi,ujian melalui 4musim,ujian tengok pasangan yang sudah berkahwin(bukan aku) dan banyak lagi.

FUTUR(putus asa).Satu kalimah yang agak sukar aku menyebutnya.Sebagai contoh,ujian tertinggal bas.Okay,rasa macam kelakar ujian ni.Tetapi bagi mereka yang sudah lah terlambat,tertinggal bas, lagi kalau terbarrah oleh dokturah,inilah menjadi satu ujian seorang mahasiswa mesir.Rasa-rasanya perlu atau tidak kita berputus asa dan terus pulang ke rumah selubung dengan Saratoga(selimut tebal musim sejuk)?Atau kita mengutuk-ngutuk ammu bas yang meninggalkan kita?haaa..

Okay,penulisan saya sebenarnya nak sahabat-sahabat semua fikir sendiri.Tidak kiralah di mana jalan ujian yang kita lalui.Tidak semua perkara yang kita lakukan di dunia ini semuanya mudah,malahan semuanya memerlukan pengorbanan.Kucing nak beranak pun susah.errk,kenapa tetiba cite pasal kucing ni.Bentuk pengorbanan yang kita buat tu semuanya dikira oleh Allah azza wa jalla.Berkorban untuk bersengkang mata mengulangkaji pelajaran sehingga larut malam,mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan umat islam dan islam seluruhnya.

Kadang-kadang ujian ini menjadikan seorang hamba itu terduduk menangis sehingga merasakan tidak mampu untuk menghadapinya.Ujian adalah satu anugerah buat kita.Tanpa ujian kita tak jadi hamba yang kuat.Tanpa ujian kita tak merasa nikmatnya nilai ujian itu sendiri.Maka bersyukurlah anda dihadiahkan ujian itu sendiri.Sang kekasih Allah,Nabi Muhammad saw juga diuji.Lagi hebat ujiannya berbanding kita.Nabi diuji ketika menyampaikan dakwahnya,dibaling najis,diherdik,diejek,difitnah.Sampailah Allah menguatkan baginda dengan ujian yang juga dirasai oleh nabi-nabi sebelumnya.

KITA BAGAIMANA?Terima ujian dan terus update status kat facebook?atau jerit dalam bantalkah?atau melepaskan kemarahan kepada orang lainkah?atau bunuh dirikah?
Kembalilah pada yang Satu.Allah rindukan rintihan hambaNya.Ceritakan segalanya padaNya.Cubalah untuk menitiskan air mata lelaki anda(bagi kaum lelaki),cubalah untuk merendahkan hati padaNya,cubalah untuk bersujud lama di atas tikar sejadah.Pasti anda merasai nikmatnya berdating dengan Allah.Dialah yang layak kita mengadu,bukan di facebook,bukan di tweeter.

Carilah sahabat yang soleh yang dapat mengingatkan kita tentangNya.Carilah sahabat yang baik yang dapat menegur kesilapan kita.Carilah sahabat yang boleh belanja kita tacobee(makanan kat mesir mcm kfc).ops jangan marah naa..
Baiklah.saya tinggalkan kepada anda sepotong terjemahan dari ayat suci Allah.Tadabbur ayat ini yaaJ
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(Al-baqarah:155)

*minta maaf pada segala kekurangan dalam tulisan ni.Maaf juga kalau saya banyak cerita tentang suasana di mesir sebab mesir adalah bumi tarbiyah saya..
*ambil apa yang baik dalam tulisan ni.yang buruk tu buanglah jauh-jauh.tak heran pun:p