Tuesday, December 28, 2010

SAHABAT,LIDAHNYA RINGAN MEMBERI NASIHAT

Rasulullah bersabda yang bermaksud:sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang,maka bertanyalah kepada jirannya(sahabatnya).
Sahabat ini interprestasinya meliputi semua perkara.Alam boleh jadi sahabat,ibu bapa boleh jadi sahabat,isteri,suami,anak-anak dan sebagainya..Malah,syaitan juga boleh jadi sahabat kalau kita berkenan.
Percaya tak manusia tak boleh hidup tanpa sahabat.percaya tak??mungkin bagi mereka yang keras kepala atau memang tiada siapa dalam hidupnya,menggelengkan kepala.
ya..hidup memang boleh..tapi hidup yang saya katakan adalah hidup yang tenang,bahagia,dan gembira.
Hidup sebenarnya perlu berteman.Sebab itulah,kalau nak hidup tenang kita perlu cari sahabat yang baik..Mencari sahabat baik itu umpama kita mencari mutiara di sebalik pasir di pantai..sebelum ini,saya memang sukar mencarinya.tapi sekarang,alhamdulillah..saya telah bertemu dengan sahabat selama ini saya cari.
Baiklah,kita kembali pada cerita kita.Sahabat sebenarnya memberi pengaruh besar dalam hidup kita.Kalau baik sahabat kita,maka baiklah kita.kalau sebaliknya,maka sebaliknya lah jadi.
Sahabat saya sentiasa memberikan nasihat.dan setiap kata-katanya banyak menjadikan saya sentiasa berhati-hati dalam persekitaran di dunia ini.Bersamanya juga hati saya sentiasa tenang.Kami saling mencintai Allah.
Rasulullah juga mempunyai sahabat.Peribadi unggul seperti Abu bakar,Umar,Usman,Ali,Abdurrahman,Saad abi waqas,dan lain-lain.Semuanya saling melengkapi.Hubungan mereka harmonis.Susah senang bersama
-sama.
Sahabat memang penting.Jadi,kalau nak jadi baik maka carilah sahabat yang baik.Sahabat sentiasa menghulurkan tangan dan membimbing kita.
Anda mahu bersahabat...?tak nak?Anda tahu apa kepentingan sahabat..?
Anda mahu saya jadi sahabat anda..?
Marilah bersam-sama kita bersahabat...Semoga ketenangan membasahi hidup kita.

Saturday, December 25, 2010

MAKIN DEKAT KIAMAT,MAKIN JAUH DARI ALLAH??

Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus.ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah.berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.
kebanyakan kita ini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata.belajar,bekerja berbuat baik malah memberikan senyuman pun kerana kepentingan peribadi.manusia makin lupa bahawa kita masih ada satu sisi lagi yang perlu disuap.bukan perut dan minda sahaja yang perlukan makanan.malah spiritual yang lebih utama perlu disuap.solat pula hanya pergerakan fizikal,hatinya mengembara  entah ke mana.apabila berpuasa,hanya perut yang berpuasa.alhasil,ibadah hanya kekal ritual...
waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah telah luput.manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur,tidur,dan bermimpi indah.bukan lagi tidur awal,bangun qiamullail dan berjemaah subuh semata-mata memenangi cinta Allah.yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam,mula tidur pada saat mukmin sepatutnya bangun bertahajud...
Berapa ramai yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu.KITAKAH ITU?
Sungguh,hati kita kering daripada cinta Allah.Apakah apabila makin dekat dengan kiamat,makin jauh manusia daripada Allah???Nauzubillah..moga kita dikurniakan cinta kepadaNya....

Doa mohon cinta Allah

Ya Allah,aku memohon kasih sayangMu dan kasih sayang orang yang mencintaiMu,serta kasihkan amalan yang mendekatkanku kepda cinta Mu.ya Allah ya Tuhanku,jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku dan daripada air yang sejuk...

Wednesday, December 22, 2010

Siapakah Rabiatul Adawiyah

Kenali Serikandi...

RABIATUL ADAWIYAH...Pencipta Agung Mencari Cinta ILAHI...
tidak mungkin bagi seseorang dapat mencapai tahap paling tinggi untuk memiliki keredhaan Allah.namun baginya cinta terhadap Yang Maha Pengasih melebihi segalanya..bukanlah kerna dia mendambakan syurga atau neraka tapi semata mata kerana keredhaan Allah..segala pergerakan dalam kehidupannya adalah berupa persembahan atas nama cinta dan kasihnya pada keagungan Yang Maha Suci.dalam hatinya selurug pengabdiannya semata mata kerana Allah.bukan orang lain.
keikhlasan hatinya tidak dapat ditandingi oleh mana mana wanita pada zamannya hinggalah kini.Rabiatul Adawiyah bukanlag sekadar lagenda yang cukup untuk dibaca,malah merupakan keindahan anugerah yang pernah diberikan oleh Allah kepada manusia..
Sesungguhnya cinta Maha Agung menjadikan semua pencinta berjaga sepanjang malam...