Saturday, June 23, 2012

INILAH BUMI TARBIYAH


“Aku mula tertarik mendengar cerita sahabatku.Inilah saatnya aku perlu membasuh semula hati dan jiwaku yang akhir-akhir ini aku tidak temui masalahnya.Barangkali ditaqdim oleh ikhwah?Tapi bukan itu masalahnya dan semestinya tidak sama sekali!Jadi petang itu setelah selesai menunaikan solat zohor,aku mula bersiap untuk menuju ke satu tempat yang mungkin dapat membantu aku untuk merawat hati.
Saat kaki ini mula melangkah masuk ke dalam satu rongga,pandanganku telah menuju satu tempat yang mana satu sudut itu telah dipenuhi oleh para ikhwah.”glupp,ramainya..nak duduk mana ni?”bisik hatiku.Kami pun masuk ke dalam satu kamar,kamar anaknya mungkin.Suasana rumah itu cukup sejuk dan dingin bagi aku.”Musim panas telah bertukar musim sejuk mungkin?”duga aku..Mataku mula melilau-lilau pada setiap sudut.(erm,boleh ke guna perkataan ni?,maaf bahasa melayu tak pandai).Aku mula mengira bilangan anaknya dan bertanya pada sahabat-sahabatku yang lain.Mungkin ini satu pengenalan bagiku.
Lepas ni aku nak gi kelas talaqqi syeikh rohimuddin kat gamik.nak ikut tak?”pelawa sahabat baikku.”kitab apa?boleh je..”kitab nahu qulub..sahabatku mula bicara tentang kitab tersebut.Dan saat itulah aku jatuh cinta pada cerita sahabatku.Satu lagi kalam syeikh yang disampaikan oleh sahabatku,”imtihan ini umpama satu batu besar yang dimasukkan dalam bekas besar dan masih ada ruang lagi untuk diisi pepasir yang kecil.”Pepasir itu adalah dengan menghadiri kelas talaqi atau pengajian bersama para ulamak.
Saat syeikh memulakan kalamnya,mataku langsung tidak pandang ke tempat lain.Wajah tenangnya pun sudah menenangkan jiwaku.Satu pengajian yang aku kira benar-benar menyentuh jiwaku sebagai anak muda atau mungkin fatayat.Kalam-kalam yang keluar benar-benar terasa di benak fikiran.Satu kalamnya yang mungkin aku tidak lupa selamanya adalah saat beliau membicarakan tentang tarbiyyah,yang mana beliau berikan perumpamaan orang yang ditarbiyah ini umpama dicampak dalam perut ikan nun.Kerana Nabi Yunus ‘alaihissalam ditarbiyah dalam perut ikan nun.Jiwaku mula tersentak.”aku dipilih dan dihantar ke mesir untuk ditarbiyah??dan bukan untuk belajar di kuliyah semata-mata.”bisik hatiku.Air mataku mula menakung di kolam mata,menghisab semula diri yang hina dina ini.Ucapan tahmid meniti di bibirku berkali-kali.
Bumi Mesir terus mentarbiyah penghuninya.Musim panas banyak mengajar dan menduga penduduknya dengan pelbagai ujian.Lalat-lalat terus berlegar-legar yang mungkin mereka pun tidak tahu arah tuju mereka.Itulah cabaran musim panas di mesir.Aku sebagai salah seorang azhariah terus berperang dengan jiwa,hati dan fikiran dalam menghadapi fatrah imtihan.Terkadang hati tercalar,terasa,dan kemudian pulih semula.”mungkin ini sunnah orang berjuang,ada penat lelahnya.”pujuk aku.

PERGANTUNGANKU DENGANMU YA ALLAH….
Di sinilah tempat aku belajar cara pergantungan dengan Allah.Di sini tempat aku mengenal apa itu erti tawakal dan berserah diri dengan Allah.Muhasabah menjadi satu kebiasaan aku sebagai azhariah.Imtihan yang aku hadapi pagi tadi menjadi tanda soal buatku.Pulangnya aku ke rumah,pantas hati ini memujuk diri.Terus mentarbiyah dan mentarbiyah diri ini yang selalu melakukan kesalahan.”Bumi mesir mentarbiyah kita,kat sini kita dapat tahu turun dan naiknya iman kita,Allah bagi kita ujian sebab Dia nak kita kuat.”pesanan sahabatku dalam kalam tasyjiknya terus aku ingat.Doa terus meniti di bibir seorang pejuang….Dan apabila hamba-hambaKu  bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran(2:186).

SELESAI…..
Cerita ini adalah rekaan semata-mata.Tiada kena mengena dengan penulis.Sama-sama kita mengambil ibrah daripada cerita di atas.

Dan mungkin cerita ini ana titipkan khas buat adik-adik yang mungkin berhasrat untuk menjadi tolibul ‘ilmi di ardhul kinanah ini.Namun di mana-mana pun kita pergi jadikan tempat yang kita jejaki itu sebagai tanah yang akan mentarbiyah kita.Ingatlah dan ketahuilah kita mentarbiyah dan kita ditarbiyah.Wallahua’lam.Maaf atas segala kekurangan bahasa.Salam terus juang.

2 comments:

  1. Subhanallah kak.. :)
    Akak memang saja nak buat saya jeles. hehe.
    alhamdulillah, akak menjadi insan pilihan-Nya belajar ke sana..
    Moga akak berjaya.. ^^
    Doakan semoga saya dapat ke sana suatu hari nanti.. :')
    InsyaAllah, ada dalam 10 orang tak silap yang bakal sambung belajar ke bumi kinanah tu.. tak lama lagi, insyaAllah..
    doakan mereka ya kak..

    ReplyDelete
  2. insyaallah sahabat..smoga terus thabat mencari ilmu di sini..bezanya kita di sini kta dekat dgn para ulama...rugi kalau kta lepaskn peluang..manfaatkan masa yg berbaki ini sblm plg ke tanah air...bersedia menghadapi org mlysia..smlm sempat ana bersembang dgn ukhtina...dia menceritakan pengalaman dia sms di mlysia..pelbagai soalan yg perlu di hadapi...dekati org sekeliling...ana dgr smlm pun terasa takut utk blk..biar kepulangan kta bermisi dan berhadaf...

    ReplyDelete