Tahajud??Cinta?Ni
nak cerita pasal tahajud atau cinta?hurm,sebelum tu ana mohon maaf atas khilaf
ana sebab dah lama tak update blog ana sejak ana sampai di ardul kinanah
ini.bukan masa yang mencemburui tugas ana di sini tapi masalah diri ana sendiri
yang tidak pandai membahagikan
masa.Baiklah kita bebrbalik pada tajuk kita iaitu TAHAJUD CINTA.Pernah tak
antum bangun bersolat tahajud?Dan apa yang antum rasakan setelah itu?Rasa
biasa2 atau luar biasa?jawab dalam hati antum masing2..Biah di mesir sangat
hebat..berbanding dengan tanah air ana sendiri di Malaysia.Alhamdulillah rasa
seronok dipayung dan dibumbungi oleh persatuan yang sangat menjaga kebajikan
anak buahnya iaitu badan kebajikan anak Selangor mesir(bkasm).Di samping
menjaga kebajikan penghuninya,bkasm juga mendidik kami menjadi hamba Allah yang
bertaqwa.dan dengan wasilah inilah,ana mengerti betapa pentingnya tahajud
itu.Saat ana dan beberapa sahabat dipanggil dan seterusnya diberikan taklifan
mengejutkan sahabat yang lain untuk bangun awal pagi,dan melalui taklifan
inilah ana rasakan diri ana yg hina ni sebenarnya belum cukup sempurna
untuk taklifan itu.Tapi hati mengatakan
diri ini perlu berubah.Bukankah aku mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah?hurm,mungkin
inilah masanya.Syukur Alhamdulillah,Dialah yang selama ini mengejutkan ana
untuk laksanakan taklifan itu.Dan inilah masanya juga untuk kita buktikan cinta
kita pada Yang benar2 perlu merasakan cinta ini iaitu Allah..Rasa dekatnya
dengan Allah saat dahi ini dekat pada sejadah..Subhanallah Maha Suci Allah!Rasa
ruginya kalau satu malam tidak bersamaNya..inilah dia CINTA,wahai
sahabat..Mungkin orang yang bercinta di luar sana tu dapat rasakan cinta mereka pada kekasih
mereka yang belum halal dan mungkin belum tentu halal selepas itu.TETAPI
sebenarnya sahabat,CINTA ALLAH itu sangat BESAR dan sangat2 agung berbanding
dengan cinta yang ntah apa2.Oleh itu,sahabiah yg ana kasihi(muslimah),marilah
sama2 kita mengislah diri kepada yang lebih molek,lebih comel,dan mungkin lebih
cantik.Barulah Allah sayang pada kita.Maaf atas segala kekurangan bahasa,khilaf
pada ayat..niat di hati untuk sampaikan ilmu,sampaikan dakwah.Terimalah apa
adanya(peace)^_^
MANUSIA DAN
PENCARIANNYA.MANUSIA ITU SENTIASA DALAM KEADAAN MENCARI-CARI.KADANGKALA JELAS
DENGAN APA YANG DICARINYA,KADANGKALA KABUR.ITULAH HAKIKAT HIDUP SEORANG MANUSIA
DIJADIKAN DENGAN SIKAP MENCARI-CARI AGAR AKHIRNYA IA KEMBALI MENCARI JAWAPAN
HANYA PADA TUHANNYA YANG MAHA MENGETAHUI.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment