Tuesday, December 28, 2010

SAHABAT,LIDAHNYA RINGAN MEMBERI NASIHAT

Rasulullah bersabda yang bermaksud:sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang,maka bertanyalah kepada jirannya(sahabatnya).
Sahabat ini interprestasinya meliputi semua perkara.Alam boleh jadi sahabat,ibu bapa boleh jadi sahabat,isteri,suami,anak-anak dan sebagainya..Malah,syaitan juga boleh jadi sahabat kalau kita berkenan.
Percaya tak manusia tak boleh hidup tanpa sahabat.percaya tak??mungkin bagi mereka yang keras kepala atau memang tiada siapa dalam hidupnya,menggelengkan kepala.
ya..hidup memang boleh..tapi hidup yang saya katakan adalah hidup yang tenang,bahagia,dan gembira.
Hidup sebenarnya perlu berteman.Sebab itulah,kalau nak hidup tenang kita perlu cari sahabat yang baik..Mencari sahabat baik itu umpama kita mencari mutiara di sebalik pasir di pantai..sebelum ini,saya memang sukar mencarinya.tapi sekarang,alhamdulillah..saya telah bertemu dengan sahabat selama ini saya cari.
Baiklah,kita kembali pada cerita kita.Sahabat sebenarnya memberi pengaruh besar dalam hidup kita.Kalau baik sahabat kita,maka baiklah kita.kalau sebaliknya,maka sebaliknya lah jadi.
Sahabat saya sentiasa memberikan nasihat.dan setiap kata-katanya banyak menjadikan saya sentiasa berhati-hati dalam persekitaran di dunia ini.Bersamanya juga hati saya sentiasa tenang.Kami saling mencintai Allah.
Rasulullah juga mempunyai sahabat.Peribadi unggul seperti Abu bakar,Umar,Usman,Ali,Abdurrahman,Saad abi waqas,dan lain-lain.Semuanya saling melengkapi.Hubungan mereka harmonis.Susah senang bersama
-sama.
Sahabat memang penting.Jadi,kalau nak jadi baik maka carilah sahabat yang baik.Sahabat sentiasa menghulurkan tangan dan membimbing kita.
Anda mahu bersahabat...?tak nak?Anda tahu apa kepentingan sahabat..?
Anda mahu saya jadi sahabat anda..?
Marilah bersam-sama kita bersahabat...Semoga ketenangan membasahi hidup kita.

No comments:

Post a Comment