Saturday, December 25, 2010

MAKIN DEKAT KIAMAT,MAKIN JAUH DARI ALLAH??

Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus.ini gara-gara gaya hidup yang sudah berubah.berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya.
kebanyakan kita ini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal semata-mata.belajar,bekerja berbuat baik malah memberikan senyuman pun kerana kepentingan peribadi.manusia makin lupa bahawa kita masih ada satu sisi lagi yang perlu disuap.bukan perut dan minda sahaja yang perlukan makanan.malah spiritual yang lebih utama perlu disuap.solat pula hanya pergerakan fizikal,hatinya mengembara  entah ke mana.apabila berpuasa,hanya perut yang berpuasa.alhasil,ibadah hanya kekal ritual...
waktu untuk melihat manusia sibuk pada waktu malam merayu sebuah keampunan daripada Allah seolah-olah telah luput.manusia menghabiskan malam-malamnya untuk berhibur,tidur,dan bermimpi indah.bukan lagi tidur awal,bangun qiamullail dan berjemaah subuh semata-mata memenangi cinta Allah.yang tinggal hanyalah keriuhan kedai makan pada waktu malam,mula tidur pada saat mukmin sepatutnya bangun bertahajud...
Berapa ramai yang sudah lama tidak melihat matahari terbit atau menikmati saat itu.KITAKAH ITU?
Sungguh,hati kita kering daripada cinta Allah.Apakah apabila makin dekat dengan kiamat,makin jauh manusia daripada Allah???Nauzubillah..moga kita dikurniakan cinta kepadaNya....

No comments:

Post a Comment