“Kuliyah ehh?tanya seorang warga arab mesir
kepadaku.”syariah islamiyyah sanah thaniah”.jawabku.”enti mukhtabiroh”.terpaku
aku seketika.na’am,ana mukhtabiroh.”kam juz’un enti tahfazin?”(berapa juzuk kau
dah hafal)tanya dia lagi.”sedikit,sangat sikit,doakan aku.aku rasa aku tidak
mampu lagi.Warga arab itu memandang aku dan memberikan tips untuk menghafaz dan
mengingat.Perbualan kami terputus di situ.Dia bersama anak kecilnya.Aku terus
pulang ke rumah.
‘Ditampar?’Berkali-kali sudah.Tapi masih
jawapan yang sama.Masih berada di mahattah yang sama.Masih tidak
berganjak.Mukhtabir(orang yang diuji).Di sini(mesir),aku belajar satu persatu
kalimah U.J.I.A.N.Kalau ada ujian tentu adanya kesusahan.Setiap kita merasakan
hembusan ujian itu.Ujian pergi ke kuliyah,dengan menaiki bas yang ramai
orangnya,kehadiran kuliyah yang tidak wajib menjadikan sesetengah mahasiswa
mengambil enteng amanah tersebut,ujian menyeimbangkan antara kuliyah persatuan
dan talaqqi,ujian melalui 4musim,ujian tengok pasangan yang sudah
berkahwin(bukan aku) dan banyak lagi.
FUTUR(putus asa).Satu kalimah yang agak sukar aku
menyebutnya.Sebagai contoh,ujian tertinggal bas.Okay,rasa macam kelakar ujian
ni.Tetapi bagi mereka yang sudah lah terlambat,tertinggal bas, lagi kalau terbarrah
oleh dokturah,inilah menjadi satu ujian seorang mahasiswa mesir.Rasa-rasanya
perlu atau tidak kita berputus asa dan terus pulang ke rumah selubung dengan
Saratoga(selimut tebal musim sejuk)?Atau kita mengutuk-ngutuk ammu bas yang
meninggalkan kita?haaa..
Okay,penulisan saya sebenarnya nak
sahabat-sahabat semua fikir sendiri.Tidak kiralah di mana jalan ujian yang kita
lalui.Tidak semua perkara yang kita lakukan di dunia ini semuanya mudah,malahan
semuanya memerlukan pengorbanan.Kucing nak beranak pun susah.errk,kenapa tetiba
cite pasal kucing ni.Bentuk pengorbanan yang kita buat tu semuanya dikira oleh
Allah azza wa jalla.Berkorban untuk bersengkang mata mengulangkaji pelajaran sehingga
larut malam,mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan umat islam dan islam
seluruhnya.
Kadang-kadang ujian ini menjadikan seorang
hamba itu terduduk menangis sehingga merasakan tidak mampu untuk
menghadapinya.Ujian adalah satu anugerah buat kita.Tanpa ujian kita tak jadi
hamba yang kuat.Tanpa ujian kita tak merasa nikmatnya nilai ujian itu
sendiri.Maka bersyukurlah anda dihadiahkan ujian itu sendiri.Sang kekasih
Allah,Nabi Muhammad saw juga diuji.Lagi hebat ujiannya berbanding kita.Nabi
diuji ketika menyampaikan dakwahnya,dibaling
najis,diherdik,diejek,difitnah.Sampailah Allah menguatkan baginda dengan ujian
yang juga dirasai oleh nabi-nabi sebelumnya.
KITA BAGAIMANA?Terima ujian dan terus update
status kat facebook?atau jerit dalam bantalkah?atau melepaskan kemarahan kepada
orang lainkah?atau bunuh dirikah?
Kembalilah pada yang Satu.Allah rindukan
rintihan hambaNya.Ceritakan segalanya padaNya.Cubalah untuk menitiskan air mata
lelaki anda(bagi kaum lelaki),cubalah untuk merendahkan hati padaNya,cubalah
untuk bersujud lama di atas tikar sejadah.Pasti anda merasai nikmatnya berdating
dengan Allah.Dialah yang layak kita mengadu,bukan di facebook,bukan di
tweeter.
Carilah sahabat yang soleh yang dapat
mengingatkan kita tentangNya.Carilah sahabat yang baik yang dapat menegur
kesilapan kita.Carilah sahabat yang boleh belanja kita tacobee(makanan
kat mesir mcm kfc).ops jangan marah naa..
Baiklah.saya tinggalkan kepada anda sepotong
terjemahan dari ayat suci Allah.Tadabbur ayat ini yaaJ
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan
ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.dan sampaikanlah
khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.(Al-baqarah:155)
*minta maaf pada segala kekurangan dalam
tulisan ni.Maaf juga kalau saya banyak cerita tentang suasana di mesir sebab
mesir adalah bumi tarbiyah saya..
*ambil apa yang baik dalam tulisan ni.yang
buruk tu buanglah jauh-jauh.tak heran pun:p