Monday, June 13, 2011

al-azhar university

Ramai yang berhasrat ingin menyambung pelajaran di al-azhar.Al-azhar terkenal dengan masjidnya,ulama'2 yang terkenal,dan universiti yang juga sebenarnya padat dengan mahasiswa dari Malaysia.Terja bila dengar cerita tentang mesir.Baru-baru ni pada awal tahun berita yg tergempar dengan huru-hara di sana.tp alhamdulillah peristiwa tersebut telah reda.
sebenarnya hati ni tergerak nak cerita tentang mesir kerana hati ni berdebar-debar menunggu penantian imtihan qabul bulan7 ni.
di sini,saya nak cerita lah sikit pasal sejarah di sana.kalau subjek stam dah belajar dah tajuk mesir ni.baiklah,kita refresh balik okay=)

Al-azhar mula dibina oleh kerajaan Fatimiyah lagi.Langkah pertama yg dilakukan ialah membina masjid al-azhar pada hari sabtu,jamadil awal,359 hijrah.
Pembinaannya mengambil masa selama 2tahun dan berakhir pada hari sabtu 7ramadhan 361hijrah bersamaan 2jun 972 masihi.

Pembinaan ini dimulakan oleh Jauhar as-saqoli  iaitu panglima perang pada zaman tersebut.Masjid al-azhar dibina sebagai masjid rasmi bagi kerajaan Fatimiyah yang bermazhab Syiah sebagai pusat penyebaran dakwah dan bagi menunjukkan kemajuan kerajaan Fatimiyah.
Sehinggalah datangnya kerajaan al-Ayubi(salahuddin al-ayyubi)yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.Kerajaan ini bertungkus lumus memerangi pemikiran Syiah dan mengembangkan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.

Majlis ilmu yang dijalankan di masjid al-azhar pada 359hijrah(975m) oleh kadhi Abu Hassan Ali Ibnu An-nu'man.Idea utk jadikan azhar ini sebagai maahad timbul dari seorang menteri yang bernama Ya'kob bin Kals dengan izin Khalifah al-Azizu Billah pada 378hijrah(988m).

Beliau(khalifah) menentukan ulama'2 yang mengajar di sana pada setiap kali selepas menunaikan solat jumaat sehingga waktu asar yang diketuai oleh al-'Uqbah Abu Ya'kob.

kesimpulannya Al-azhar telah menjadi sebagai pusat pengajian sejak zaman kerajaan Fatimiyah lagi.

kemudian tibalah zaman kerajaan al-ayubi dan terbinalah sekolah2 da maahad2.
Maahad pertama yang dibina ialah madrasah an-nasiriah bersebelahan masjid amru al-'as yang mengajar fiqh syafie.
Pada tahun 566h madrasah al-qomhiyah yang mengajar fiqh maliki dibina.kemudian diikuti madrasah2 yang lain.

Perkembangan yang pesat ini berlaku pada kurun ketujuh dan kelapan dan memberi kesan kepada sejarah pembelajaran di universiti al-azhar.

Al-azhar mendapat beberapa nama dalam lipatan sejarah.Peringkat pertama Al-azhar dikenal sebagai Jamiah Kaherah iaitu disandarkan kepada ibu kota mesir dimana masjid itu terletak.

Pendapat pertama yang mengatakan lafaz azhar ini dinisbahkan kepada puteri Rasulullah saw iaitu saidatina Fatimah yang dikenali sebagai az-zahra'.gelaran inilah yang diabadikan pada nama masjid tersebut.

Pendapat kedua ialah al-azhar dikaitkan dengan nama istana az-zahirah yang dibina sewaktu pembukaan kota kaherah.

Pendapat ketiga pula nama ini dicadangkan bersesuaian dengan kedudukan dan martabat azhar yang tinggi sebagai pusat penyebaran ilmu islam.
Kini masjid itu tetap utuh dan kekal walaupun bukan lagi bercorakkan binaan dan kesenian yang asli.Fungsinya sebagai pusat penyebaran ilmu islam tetap gemilang sehingga kini.


credit to http://hanistantawi12.blogspot.com/


kawan2 doakan saya cemerlang dalam imtihan qabul nanti ye..=)

2 comments: