Monday, May 2, 2011

ketabahan mengajar erti kedewasaan

Bismillahirrahmanirrahim...
ya Allah,ke atas Mu aku memanjatkan rasa syukur kerana masih lagi diberi ruang utk bernafas 
merasakan nikmat iman dan islam itu lagi
moga iman ini sentiasa bertambah
hari ini,aku mendapat panggilan dari seorang rakanku yang aku kenali nya sejak di tingkatan1
berita yang dibawa olehnya mengejutkan aku
bapa kepada rakanku itu telah menghembus nafas terakhir 
pada jumaat malam sabtu
aku dapat merasakan apa yg dia rasakan
kerana aku juga telah kehilangan ayah tercinta semasa aku masih darjah 6
hanya  Allah saja yang mengetahui pada masa tu
namun ketabahan itu mengajar aku terus menjadi dewasa
buat rakanku nor diyana atira
sabarlah dan tabahlah mengharungi ujian yang baru kau tempuhi ni
setiap yang hidup pasti akan kembali ke pangkuanNya
Allah menguji hambaNya kerana Dia sayangkan hambaNya
ingat pesan ayah sewaktu dia masih hidup
doakan dia sentiasa
jadi anak yang solehah dan terus cuba utk menjadi yang solehah
kerana doa anak yang soleh itu yang diharapkan oleh kedua ibu bapa kita

buat mereka yang masih lagi ada ayah di sisi
jangan abaikan mereka
teruskan lah berbakti kepada mereka
jadi anak yang menjadi harapan ayahanda dan bonda

jadilah anak kebanggaan ayah dan ibu kita..^_^

No comments:

Post a Comment