Friday, January 14, 2011

BAGAIMANA CARA UNTUK BERSYUKUR

Syukur bukanlah bermakna denagn hanya menyebut kalimah 'syukur'.Ada beberapa cara untuk melahirkan syukur.Satu hadis syarif yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi:
          Menyebut nikmat itu merupakan kesyukuran dan meninggalkan menyebutnya merupakn kekufuran.Sesiapa yg tidak mensyukuri yang sedikit tidak akan mensyukuri yg banyak dan sesiapa yg tidak mensyukuri manusia tidak akan mensyukuri Allah Taala.
        Syukur adalah tugas seorang hamba kpd Tuhannya.Orang yg tidak bersyukur digambarkan sebagai mereka yang ketandusan budi.Cuba kita renungi,jika seseorang memberi hadiah kpd kita,kepada siapakah perasaan sayang diberikan?kepada barng yang diberi ataupun kpd diri yang memberi?Sudah tentu perasaan yang lebih kpd SI PEMBERI.

Akibat Tidak Mahu Bersyukur:
   Telah byk kisah-kisah kaum terdahulu yg ego dan takabbur dengan kemewahan dan kekayaan yang diperoleh lalu akhirnya dimusnahkan oleh Allah.Antaranya Qarun dgn kekayaan hartanya,Firaun dengan kekuasaannya,Namrud dgn keangkuhannya.Tidak terkecuali umat islam kini,sudah ada yg tiada lg perasaan berterima kasih atas nikmat kurniaan Ilahi yg tidak terhingga.Buktinya,masih ramai lagi yang telah mengabaikan Islam dlm kehidupan,ISLAM HANYA PADA IBADAH TERTENTU,BUKAN PADA CARA HIDUP??

Kalimah Alhamdulillah..
     Setiap kali kta solat,surah al-fatihah wajib dibaca sebagai rukun dalam solat.Jika ditafsirkan surah tersebut dengan kalimah demi kalimah,kita akan dapati kalimah alhamdulillah melambangkan kesyukuran mutlak,makna yg mendalam,tinggi dan meliputi seluruh aspek.
    Begitu juga dlm bacaan wirid selepas solat turut disunatkan menyebut subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar sebanyak 33kali setiap satu agar semangat bersyukur kepada Allah menjadi darah daging kita.

No comments:

Post a Comment